Sunday, June 15, 2008
mereka rasa mereka sudah cantik
Warna indah
Kapas enak
Kain lembut
Suka hati suka sekali
Wahai kerusi cantik
Kerusi cantik
Boleh buruk
Boleh hancur
Boleh keras
Suka mulut suka hati
Wahai kerusi cantik
Kerusi cantik
Warna buruk
Kapas hancur
Kain keras
Suka mata suka hati
Wahai kerusi cantik
Suka hati suka buruk
Walau buruk
Tetap cantik
Untuk yang tercantik
Akhirnya
Walau dia pilih buruk
Dia paling cantik
Melebihi segala yang tercantik
Akhirnya
Walau si mereka-mereka pilih tercantik
Si mereka-mereka paling buruk
Menaungi segala keburukan
Mana mungkin
Kerusi cantik tak cantik?
Mungkin
Kerusi buruk tak buruk?
Apa yang mungkin?
Jika akhirnya semua sentiasa mungkin?
Kamu mungkin.
Sunday, May 25, 2008
jawapan untuk sahabat tentang bahasa
Minta maaf, aku lambat lagi. Serius, banyak perkara yang patut aku dahulukan dan banyak aktiviti yang patut aku utamakan pada cuti kali ini sehingga tidak boleh kemas kini blog aku. Jadi, maafkan aku.
Tamat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aha, yang seterusnya bukan lagi jawapan kepada persoalan akar sahabat aku. Kamu boleh tutup jika mahu. Terima kasih.
Jadi, untuk setiap persoalan akar sahabat aku, ditimbulkan persoalan ranting yang menyentuh tentang isu-isu keupayaan pelajar, bahan eksperimen, pencapaian kecemerlangan dan lain-lain. Di sini aku tertanya-tanya, betulkah semua ini berlaku semata-mata hanya kerana kita menggunakan Bahasa Inggeris?
Apa yang aku katakan selepas ini hanyalah pendapat aku secara umum, bukan spesifik dan bukan menuduh. Ini adalah pemerhatian aku dan pencernaan aku.
Aku tak berpendapat mereka gagal disebabkan penggunaan bahasa. Aku berpendapat, mereka gagal kerana sistem pemikiran mereka yang telah tercemar. Mari aku mudahkan kamu.
Antara perkara yang paling penting dalam konsep perjuangan aku (watak, peranan, pegangan dan prinsip). Lama lagi aku akan menyentuh asas tentang perkara-perkara ini. Hanya sedikit saja kali ini. Persoalan aku adalah, apabila kamu belajar, adakah kamu mempunyai watak sebagai orang yang mahu belajar?
Aku tak kisah bagaimana imej watak kamu. Oldskool, grunge, hip hop, feminin, hippies, mat rempit dan apa-apa lagi, tidak menjadi persoalan pun sekarang tapi aku mahu tanya kamu, adakah kamu bawa watak sebagai orang yang mahu belajar? Adakah sistem pemikiran kamu dahagakan ilmu? Adakah kamu mengejar ilmu? Adakah kamu berusaha untuk memahami? Yang aku lihat di sekeliling aku adalah, mereka belajar bukan kerana itu. Sangat kurang. Apa yang mereka mahu adalah mereka sekadar cukup tahu ilmu itu, maka mereka akan anggap mereka belajar. Tapi, adakah itu watak sebagai orang yang mahu belajar? Kalau memang begitu, betullah seperti yang dikatakan, belajar bahasa sendiri pun tunggang terbalik.
Perkara ini mungkin semua sudah maklum. Bagi aku, untuk orang yang lemah perwatakannya, mereka akan hanyut dengan suasana. Suasana yang negatif akan mendidik dan mengajar peribadi mereka, sistem pemikiran mereka, akhlak mereka dan hidup mereka menjadi dayus dan membentuk watak dan perwatakan yang lemah.
Tapi bukan dalam tulisan ini aku akan
Satu lagi, orang berkata, bahasa melambangkan bangsa. Tapi bagaimana ia dilambangkan? Kita mahu belajar Bahasa Korea sebab apa? Mereka ada keupayaan ilmu. Kita mahu belajar Bahasa Jepun sebab apa? Mereka menghasilkan sumber ilmu. Kalau aku kata pada kamu pergi belajar Tagalog (Filipina), kamu mahu belajar? Memang Tagalog itu melambangkan identiti mereka tapi bagaimana ia melambangkan? Ya, mereka memang megah dengan identiti mereka tapi kita lihat bagaimana mereka dimegahkan. Kita bernasib baik sebab ada pembangunan dan kemajuan terancang yang mengagumkan sebagai Dunia Ketiga sehingga orang melihat Bahasa Melayu. Tapi, mahukah satu hari nanti, jika ia cuma melambangkan identiti saja? Di mana jiwanya? Di mana bahasa jiwa bangsa kita? Adakah nanti ia sekadar melambangkan identiti Malaysia seperti Filipina atau kita mahu keunggulan tamadun Malaysia itu? Keunggulan dan kemegahan Islam yang dululah penyebab Bahasa Arab atau Bahasa Islam dipandang dan diangkat sebagai bahasa ilmu. Sekarang di mana Bahasa Arab? Kenapa Bahasa Inggeris? Kenapa tidak Tagalog? Kenapa semua jadi begitu?
Biarlah jiwa bangsa itu kalau boleh dirasai oleh orang luar, betapa ia begitu menjiwai bangsa kita. Kalau boleh, biarlah ia berjiwa seperti mana Bahasa Jepun menjiwai orang Jepun, Bahasa Mandarin menjiwai orang China, Bahasa Korea menjiwai orang Korea. Biarlah kita juga sehebat begitu. Jangan hanya menjadi jaguh kampung, ada identiti tetapi tidak unggul seperti Red Indian di Amerika tetapi adakah orang Malaysia merasai jiwa mereka? Mereka yang mahu tukar kepada Bahasa Inggeris adalah aku kira. Kalau tidak, penatlah pemimpin-pemimpin kita dulu menaikkan maruah dan martabat Malaysia. Tak mungkin kamu mahu berpeluk tubuh saja, bukan?
Friday, May 16, 2008
mana bahasa kamu
Ini bahagian serius. Sebelum ini tidak serius. Makin lama makin bertambah pula tulisan tidak serius aku. Apa cerita dengan kata-kata aku yang mahu serius saja? Haha. Baik. Mari kita berserius. Serius! Yeah..
Satu perkara yang sudah lama menarik perhatian aku tapi tiada kesempatan aku nak tulis, bahasa. Terfikir perkara ini semasa kehangatan berita tentang kerajaan nak tukar pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu masa aku buat latihan industri dulu. Maksudnya, mengikut tafsiran terus, sudah lama aku terfikir tapi aku masih tidak tulis perkara ini. Sebab? Aku sibuk (alasan sama lagi,bukan). Mesti kamu sudah jangka alasan ini. Haha. Tapi aku jujur, aku sibuk..
Mahu dengar ayat kebiasaan eksekutif negara kita masa berita ini hangat dulu? “Bahasa jiwa bangsa”. Masa begini baru nak berkata. Tapi aku tahu, bukan senang nak berkata masa dulu pun. Agak-agaknya, si mereka-mereka faham ke apa yang mereka cakap? Kenapa kamu mahu Bahasa Melayu? Jangan salah tafsir. Aku tak kata si mereka-mereka tak faham. Cuma kefahaman masing-masing berbeza bukan? Lagipun, aku tak tahu perjuangan mereka secara terperinci. Jadi, mekanisme perjuangan mereka, jujur aku kata, aku tak tahu langsung. Yang aku tahu, mereka mahu tukar. Itu saja. Semudah itu saja, bukan? Tapi memang kebiasaan untuk aku, aku suka menyusahkan diri sendiri. Selalu sangat nak fikir, kenapa itu, kenapa ini. Lepas itu cakap pada kawan-kawan, kenapa itu, kenapa ini. Kadang-kadang rasa serba salah juga aku sebab peningkan kawan-kawan aku yang terlalu berpolitik ini. Tapi apa nak buat, ini adalah aku. Peduli apa aku kalau aku rasa betul. Politik, itu hal kamu. Aku pelajar dan aku cakap apa yang aku belajar. Aku tak mahu berpolitik di sini. Belajar politik, boleh tapi berpolitik, tidak. Yang betul, aku cakap. Yang tak betul, aku tak cakap. Kalau ada yang tak betul aku cakap, kamu beritahu aku. Cantik?
Alasan yang selalu dikaitkan si mereka-mereka tentang kehebatan bahasa ini adalah Jepun. Bagaimana Jepun menguasai ilmu sehingga kalau kita mahu belajar ilmu mereka, kita perlu tahu Bahasa Jepun sebab mereka menggunakan Bahasa Jepun. Secara tidak langsung, mereka berjaya mengembangkan budaya mereka, mengekalkan identiti mereka, meningkatkan darjat mereka dan menakluk dunia dengan identiti mereka. Begitu, bukan?
Aku bukan tak setuju. Aku setuju, malah aku menyokong pun. Aku memang baca sejarah mereka. Terlalu seronok aku baca sampai aku sangat setuju dengan perkataan-perkataan di atas. Tapi, menggunakan Bahasa Melayu dalam pembelajaran, pada pendapat aku, ia cuma satu langkah ke belakang saja kalau tidak betul caranya. Sebab apa? Katakan, dengan mentaliti pelajar Malaysia sekarang, kamu belajar dalam Bahasa Inggeris, kemudian apabila kamu bekerja, sekeliling kamu perlu menggunakan Bahasa Inggeris kalau kamu mahu bekerja. Jadi, kelebihan yang kamu ada adalah kamu berpeluang untuk menjadi lebih yakin, lebih diperlukan dan lebih mudah berkomunikasi. Kerana perantaraan itu menggunakan Bahasa Inggeris dan kamu tahu Bahasa Inggeris. Itu saja. Tak susah. Kamu juga memang fikir begini bukan?
Andaikan, kamu tukar kepada Bahasa Melayu, aku pun tak tahu bagaimana aku mahu terangkan kepada kamu. Cuma, secara mudah, melainkan kamu mahu bekerja sendiri atau berjuang sendiri, kamu boleh menggunakan Bahasa Melayu sebab kamu bagus. Kamu mahu berjuang sekurangnya. Dan hasilnya, kamu berjaya mengekalkan identiti kamu. Betul?
Tak salah semua itu pun. Cuma, pada pendapat aku, aku mahu belajar dalam Bahasa Inggeris sebab Bahasa Inggeris itu adalah bahasa ilmu. Itu saja. Sama seperti kamu belajar Bahasa Arab untuk mendalami Islam sebab Bahasa Arab itu adalah bahasa ilmu bagi Islam. Kamu perlu tahu segala perkataan-perkataan dan istilah dalam bahasa ilmu itu kerana ilmu-ilmu baru akan wujud selepas itu dalam bentuk bahasa ilmu. Jadi, bila kamu mahu belajar ilmu terkini dan penemuan baru, segalanya akan dalam bahasa ilmu itu. Dan bila ia menjadi bahasa ilmu, maka secara tak langsung, ia akan menjadi bahasa ekonomi dan perdagangan. Keadaan yang sama seperti zaman kegemilangan tamadun Islam dulu. Kalau kamu tidak memahami bahasa ilmu, kamu akan mengalami kesukaran untuk meneruskan perdagangan kamu dan aktiviti-aktiviti kamu. Termasuk juga dengan pengaplikasian sains dan teknologi, segalanya diterbitkan dengan bahasa ilmu. Kalau kamu tiada kemahiran bahasa ilmu, bagaimana kamu mahu berkomunikasi dengan jurutera-jurutera mereka dan beraplikasi?
Aku tidak kata kamu tidak boleh menggunakan Bahasa Melayu. Tapi, dalam keadaan sekarang, rasanya wajar kamu mahu Bahasa Melayu itu dalam pembelajaran? Adakah kamu yakin selepas itu kamu akan faham dan mampu berkomunikasi dengan jurutera-jurutera di luar di
Selepas ini adalah perkara-perkara penting yang aku cuba sampaikan pada pendapat aku kepada kamu. Sebelum ini, pendahuluan untuk kamu supaya kamu boleh fikir dan faham idea aku nanti. Pembelajaran dalam Bahasa Melayu tidak salah. Aku boleh sokong. Tapi dengan syarat, bagi aku, pastikan sistem pemikiran rakyat
Tapi, kalau kamu tidak mampu mengeluarkan ilmu lagi, bagi aku, kita perlu terus dengan Bahasa Inggeris. Tapi, carikan cara untuk meningkatkan maruah bahasa kamu. Dan caranya bukan secara paksa tetapi perlu dengan cara terhormat. Contoh paling mudah mahu di kata, cipta teknologi. Makin banyak kamu cipta sendiri teknologi, makin tinggi orang luar akan pandang kamu sebab mereka nampak, kamu begitu hebat mengaplikasikan sains. Dan dari penciptaan teknologi sendiri inilah, kamu akan jumpa ataupun berusaha untuk mencari ilmu baru kerana tiada ilmu yang tetap dan ia akan sentiasa berkembang. Dan bila orang luar sudah melihat begitu, rakyat
Jadi bagi aku, kamu cuma ada 2 pilihan. Gunakan Bahasa Melayu tapi ubah mentaliti untuk jadi hebat dalam ilmu sehingga kita keluarkan ilmu dan menjadi bahasa ilmu. Atau jika kamu tidak mampu, kamu boleh terus dengan Bahasa Inggeris untuk menempuh cabaran dunia sekarang tapi tingkatkan maruah kamu dengan ilmu dan “cipta sendiri” pencapaian sains dan teknologi sehingga rakyat kita yang tidak sedar itu boleh tersedar dengan kehebatan bahasa kita. Dari itu, akan datangnya jiwa bangsa itu nanti. Dan akan tercipta dengan tersendirinya bahasa kita sebagai bahasa ilmu seperti Jepun. Percayalah. Dan kedua-dua pilihan ini perlu usaha yang sepenuhnya dan berterusan sepanjang zaman. Ini bukan soal memilih bahasa mana yang kamu mahu guna tapi ini soal bahasa mana yang kamu perlu guna dan apa tindakan kamu selepas menggunakan bahasa itu untuk kemajuan kamu.
Ini cuma pendapat aku. Aku tanya kamu pula. Apa pula pilihan kamu?
Friday, May 9, 2008
kaburkan mata kamu
Sekali lagi aku terpaksa melibatkan diri aku dalam kemelut permainan tag. Tolong aku! Haha. Tak mengapa, aku rasa. Sekadar mengembirakan diri. Aha, apa lagi, mara!
Agak-agaknya boleh ke aku rangkumkan ketiga-tiga orang sekali? Aku tengok perkara-perkara yang nak dijawab sama saja bukan?
Baik. Boleh. Jadi, dengan penuh tulus ikhlas, kepada
puan nesya yang agak kebudakan kecomelan
cik shepha yang ku tunggu cenderahati kurniaanmu
puan fareen yang penuh dengan teori dirinya [hye fareen =) selamat berkenalan]
aku menjawab.
7 fakta aku
1. Lahir 19 Mei 1986
2. Lahir dan menetap di Ipoh
3. Masih meminati muzik
4. Suka waktu riang
5. Paling suka tidur
6. Makan berterabur
7. Hanya suka bosan di Ipoh
7 perkara menakutkan hati
1. Mati tanpa iman
2. Agama hancur
3. Malaysia pincang
4. Hilang kekasih aku
5. Tak merasai perkahwinan indah
6. Mandul
7. Tak capai impian-impian hidup aku
7 muzik secara rawak masa ini
1. Oasis - I wanna live a dream
2. monoLoque - perempuan kalis peluru
3. Goh Nakamura - Embarcadero Blues
4. monoLoque - pecah amanah
5. Radiohead - weird fishes/arpeggi
6. Arctic Monkeys - When the sun goes down
7. Raihan - Ya Rasulullah (jangan sangka aku lupa)
7 perkataan sebutan selalu
1. Tengok dulu
2. Malas la
3. Aku nak tidur dulu
4. Apa-apa beritahu aku
5. Aku tak pasti lagi
6. Aku banyak kerja
7. Serius bosan
7 perkara nilainya istimewa
1. Keluarga aku
2. Otak aku
3. Tubuh aku
4. Sahabat Ipoh
5. Sahabat hidup
6. Pengalaman aku
7. Kamu!
7 kejadian pertama kali
1. Blog - 4 Mac 2008
2. Bercinta - hanya dengan dia
3. Masuk hospital - appendiks
4. Belajar di universiti - tahun 3
5. Drama Melayu - Spa Q
6. Persembahan muzik live - di hadapan dia
7. Keseronokan sahabat - Ipoh tercinta
7 makhluk istimewa harus menjawab
1. Tun Dr Mahathir Mohamad
2. Dia
3. Beliau
4. Baginda
5. Tuan hamba
6. Kamu
7. Awak
Baik. Tamat. Selesai bersandiwara. Tiada pujangga. Hanya fakta. Sekadar bergembira. Tiada lara. Bergurau senda. Mencari makna. Semoga tidak lupa. Jangan tergendala. Hidup terbela. Semoga senang sentiasa. Bersama-sama. Usaha. Selamat maju jaya.
Akhirnya, tamat sudah dari seyn yang sentiasa suka hati. Terima kasih.
Terbela tak tergendala.
Mungkin.
aku gembira!
Monday, May 5, 2008
kenapa kamu mahu?
Tak tipu. Memang aku sibuk. Sebab itu aku tangguh lagi. Baru sekarang ada peluang. Waktu rehat untuk aku pun kena kira juga sebab aku sudah berhempas pulas merasa penat kerja. Tapi apa-apa pun, minta maaf kerana aku membuatkan sebentar masa menjadi segala masa. Terasa macam salah aku juga yang tidak
Oh, tentang DEB. Perkara yang sudah semakin basi, semakin jarang dibincang oleh si mereka-mereka akhir-akhir ini. Hanya hangat bila
Baik, sudah tamat. Aku bukan mahu berpolitik. Hanya secebis itu saja, jangan marahkan aku. Aku pelajar yang mahu belajar dan mahu belajar bersama pelajar yang sepatutnya belajar. Jadi, mari kita belajar bersama-sama dari mengikut bersama si mereka-mereka. Haha..
Sebelum urat mata kamu menegang, 2 perkara ini harus kamu pegang ketika kamu mahu pertikaikan atau persoalkan perkataan-perkataan aku selepas ini (perkataan sebelum ini juga tiada kaitan, hanya karutan). Pertama, perkataan-perkataan aku tidak menyentuh tentang relevannya kewujudan DEB sekarang dan juga senario yang sedang berlaku atau yang telah berlaku. Kiranya, kenapa DEB patut ada atau tidak, aku tak sentuh langsung dalam tulisan ini. Kedua, perkataan-perkataan aku belum lagi menjurus kepada perkara-perkara DEB, pelaksanaan DEB, perjuangan DEB, pengubahsuaian DEB atau apa-apa lagi tentang perkara DEB itu. Jadi, sila tanamkan 2 perkara ini dulu sebelum kamu baca yang seterusnya. Senang cerita, jangan pedulikan apa-apa yang berkaitan dengan DEB ini dulu semasa kamu baca perkataan-perkataaan aku ini. Sebab seperti biasa, aku akan kata tentang sesuatu yang bosan untuk orang dengar bila aku mula mengeluarkan perkataan ini, sistem pemikiran. Bosan, bukan? Haha. Peduli apa aku, aku tetap akan berjuang untuk itu.
Sudah tanam atau belum kedua-dua perkara itu? Pastikan dulu sebab aku tak mahu penilaian "politik pelajar-pelajar itu".
Aku selalu cakap ini pada kawan-kawan rapat aku. Apa tujuan kamu mahu DEB? Diri kamu! Bukan si mereka-mereka. Kenapa kamu mahu?
Aku di bumi
Jangan salah tafsir. Aku tak kata kamu tak tahu. Kamu semua tahu. Aku juga tahu. Sehingga yang tidak tahu pun boleh jadi tahu sebab semua orang mahu beritahu. Walaupun ketika mereka kata mereka tahu, semua orang akan berusaha untuk tetap beritahu supaya mereka lebih tahu. Dan aku tidak kata, tidak salah untuk beritahu atau untuk kamu tahu, malah sangat bagus kalau kamu sangat tahu, tapi persoalan aku ialah kenapa kamu mahu tahu dan beritahu?
Andai kata, kamu mahu kesamarataan, maka kenapa kamu mahu kesamarataan? Andai kata kamu mahu hak, maka kenapa kamu mahu hak? Andai kata kamu mahu keistimewaan, maka kenapa kamu mahu keistimewaan? Aha, sedikit penjelasan tentang keistimewaan. Tak salah kalau mahu keistimewaan itu. Itu memang hak penduduk peribumi. Barangkali di mana-mana juga sama. Kalau kamu mahu aku huraikan dari segi fakta dan logik, aku boleh layan kamu. Tetapi untuk perkara ini, aku lebih gemar untuk berbicara tentang diri kamu dulu. Kenapa kamu mahu?
Andaikan kamu berjuang habis-habisan untuk perkara ini. Dan akhirnya kamu berjaya dan dapat. Maka selepas itu, apa yang kamu akan lakukan? Adakah kamu akan duduk bersenang-lenang sambil menggoyangkan kaki kamu, mengatakan hak kita sudah terbela? Atau kamu berazam untuk berjuang dan mempertahankan hak kamu dengan berkobar-kobar sekali mengikut landasan politik selepas itu? Atau kamu hanya berkata, inilah kejayaan yang kita nanti-nantikan. Begitu ke?
Aku bukan hebat untuk memberi pendapat tentang sistem pemikiran ini. Otak aku tak hebat macam kamu semua. Dan aku pasti, ramai di luar
Kehebatan kamu sebenarnya bukan terletak pada tubuh kamu walaupun ada orang pandang begitu. Kehebatan kamu sebenarnya bukan terletak pada wajah kamu walaupun ada orang pandang begitu. Kehebatan kamu bukan terletak pada harta kamu walaupun ada orang pandang begitu. Kehebatan kamu bukan terletak pada asal-usul kamu walaupun ada orang pandang begitu. Malah kehebatan kamu juga bukan terletak pada keistimewaan kamu walaupun ada orang pandang kamu begitu. Bila manusia berkata kamu hebat, dan sejarah kata kamu hebat, ia adalah disebabkan sistem pemikiran kamu hebat. Itu saja. Untuk mencipta sistem pemikiran yang hebat, seperti yang aku kata dulu, apa pegangan kamu. Kerana bila kamu ada pegangan, kamu akan ada tujuan. Dan bila tujuan kamu betul, kamu boleh jadi hebat. Semudah itu yang aku nampak. Cuma bahagian yang sukarnya, adakah kamu mahu berjuang dengan sistem pemikiran kamu itu nanti. Lihat saja Tun Mahathir. Kamu juga tahu bukan? Kamu juga mampu jadi sepertinya. Tidak percaya? Cubalah berusaha berfikir. Oh, bagi mereka yang kurang mengerti bahagian ini, baca balik tentang apa pegangan kamu. Itupun kalau kamu rajin untuk membaca.
Lihat, apa yang aku persoalkan ialah kenapa kamu mahu. Dan apa tujuan kamu. Itu saja. Kamu pelajar dan kamu harus bentuk sistem pemikiran kamu dengan betul dulu. Jangan biarkan si mereka-mereka kaburkan perjuangan kamu sebagai pelajar. Aku cuma mahu mengajak kamu berfikir tentang diri kamu, kenapa kamu mahu? Aku tahu, bukan senang nak berkata secara ideal tanpa melihat realiti. Tapi kalau ideal tidak menjadi rujukan kamu dalam menghadapi dunia realiti, jadi kamu ikutlah si mereka-mereka. Memang kamu layak mengikut pun. Tapi bagi aku, sebelum kamu pergi jauh tentang DEB ini, sebelum kamu berbicara tentang isi-isi DEB ini, sebelum kamu berjuang bagi DEB ini, aku mahu tanya kamu, apa tujuan kamu? Kenapa kamu mahu?
Fikirkan sebagai pelajar.
Saturday, April 12, 2008
oh.masih sibuk
Siapa kamu
Aku hitung masa
Di belakang banyak tinggalan
Di depan banyak harapan
Masa itu aku punya
Aku isi dan aku tempuh
Bukan untuk kamu ceroboh
Masa itu adalah aku
Tapi kamu hanya lihat apa yang sudah berlaku
Menidakkan kebenaran fikiran aku
Kamu juga masa
Tapi kamu biar si mereka ceroboh
Dan masa itu menjadi si mereka
Bila sudah tiada masa
Aku yakin tetap dikenang sebagai aku
Tapi kamu pasti masa itu kamu?
Tinggalan aku mungkin boleh menjadi harapan
Walaupun aku kerdil
Tapi tinggalan kamu hanya akan tinggalan kerdil
Walaupun kamu gergasi
Kamukah kamu?
Hak cipta terpelihara : muhsin
Friday, April 4, 2008
aku tak serius
Dengan segala kemanjaannya seperti biasa pada aku, padahal dia bukanlah taste aku, tengok pun aku tak mampu, saja nak ambil hati supaya orang kata laku, fendy (jangan marah ya, aku buang kata seperti biasa, yang kau perlu pasti, kau teman sejati dihati, haha) yang juga dikenali sebagai abang topi hebat merisik aku. Merisik bukan seperti biasanya merisik, tapi supaya aku memekik, dan aku layan hanya untuk tidak dilabel lokek. Jadi untuk sekali ini (adakah ia bakal sekali-sekala nanti?) sila tutup telinga sebentar, aku mahu memekik.
Permainan ini orang-orang sana panggil tag. 8 fakta yang tidak diketahui atau dikenalpasti kesahihannya tentang aku pada orang ramai perlu dituliskan, bukan diciptakan untuk tatapan kamu semua. Selain itu, permainan ini, oh begitu saja? Walau bagaimana pun, eh dah mula? Searakian itu, layan. 8 fakta tentang aku.
1 cuba kurangkan riang walaupun hobi aku memperbanyakkan tidur siang
2 muzik aku masih dicinta tapi banyak perkara aku dah lupa
3 Radiohead tetap menjadi inspirasi, peduli apa kamu kata dah basi
4 5 musim sekolah lelaki, fendy kata kalau sekolah campur hidup aku mesti sepuluh perempuan satu laki
5 bukan doktor cinta sebab hati aku cuma tahu satu cinta
6 badan memang dah semulajadi kurus, tak kisah apa diet kamu suruh aku urus
7 agak suka menimbang berat buku tapi aku bukan ulat buku
8 agaknya aku jenis lambat mesra, jadi kamu semua dululah kuat bertegur sapa, ya
Sudah habis. Jadi, perlu tak aku mencari orang lain sekarang? Aduh, susahnya kalau macam itu. Jujur, aku tak tahu siapa pun. Lagipun, siapa saja yang mahu baca perkataan-perkataan aku. Mereka yang selalu pun pasti sudah buat. Jadi untuk mereka yang aku tulis ini, kalau mereka jawab, aku tak tahu nak kata apa pasal aku sebab aku letak nama mereka dengan harapan, aku sudah selesai dengan terjahan fendy. Lagipun, ini salah satu strategi aku untuk tidak menyusahkan kamu juga. Haha..
1 semua orang ingat hanya dia saja yang mampu hebat
mahathir bin mohamad
2 semua orang ingat hanya dia yang mampu kerja kuat
ungku aziz
3 semua orang ingat dia dah cukup hebat
anwar ibrahim
4 semua orang ingat dia hanya pewaris seni
aristotle
5 semua orang ingat dia hanya pembuat muzik sendiri
loque
6 semua orang ingat dia hanya ikon masa kini
barrack obama
7 semua orang ingat dia cuma pengganas dunia kini
osama laden
8 semua orang ingat dia ini banyak sengat
mawi. Haha..
Aha, dah tamat. Baik aku tahu kamu mahu cakap apa. Bila mahu berpujangga? Tunggulah kemudian hari rasanya. Penat betul bersandiwara. Sampai tak tahu nak tulis apa. Semua rasa serba tak kena. Toleh-toleh, ditonton mereka. Aduh, segan aku memang tak terkata. Fendy, yang ini serius, aku rasa bosan. Bila kita nak ronggeng lagi?
Sekadar makluman, perkataan-perkataan aku yang seterusnya nanti adalah, Dasar Ekonomi Baru. Orang yang selalu lepak, berbincang, buang kata, bermanja dengan aku, pasti dah dapat agak apa aku nak tulis, dan ini adalah perkara sama yang kamu akan agak juga. Jadi kamu-kamu ini, senyap dulu..
Untuk kamu-kamu yang itu pula, aku sudah bersedia untuk menjawab kamu yang akan mempertikaikan aku tidak serius walaupun aku pernah kata, aku mahu sebegitu. Aku tahu, bukan senang nak berkata walaupun aku ini tak seberapa. Aku terima saja.
Jadi, aku rasa itu saja. Oh, lupa. Lagi satu aku nak kata, 2 minggu aku sibuk, jadi mungkin 2 minggu kemudian aku tidak hadir kata. Ini mungkin. Dan hanya mungkin. Kita tidak tahu apa di sebalik mungkin. Sebab itu semua orang cuba mungkin. Sebab mereka tak pasti apa yang mungkin. Maka dengan itu, mungkin adalah mungkin. Melainkan mereka mahu fikir apa yang mungkin itu, maka barulah mungkin itu terjadi "adakah mungkin itu mungkin?".
Akhirnya sekian dari seyn yang secara suka hati, mengucapkan terima kasih.
Mungkin.
Wednesday, March 26, 2008
bila akar kita?
Daun itu segar menghijau
Daun itu ramai rakan
Daun itu ada bala
Daun itu meliputi tanah
Daun itu dikejar rakus
Daun itu menyebar udara
Malah kata orang itu daun mengubat sakit
Semua perkara hanya pesta
Kalau tak dapat sanggup dusta
Yang baik banyak tak suka
Ada balasan baru boleh bertanya
Kebaikan mesti pulangnya harta
Otak sebentar tiada masa
Bila kena pandai buang kata
Bila perlu diam saja
Daun itu orang jaga
Daun itu dilindungi sepenuhnya
Daun itu selalu dipuja
Daun itu dikatakan berharga
Daun itu dikatakan kekuatan maya
Daun itu dikatakan membela
Lapisannya mereka halusi
Hijaunya mereka tutupi
Dalam genggaman dijaga rapi
Tiada benda boleh hampiri
Airnya dicurah berhari
Orang itu sangat pasti
Hijaunya pasti sentiasa berseri
Orang itu jaga salah
Orang itu rosakkan daunnya
Orang itu tiada mengkaji
Orang itu menganiaya
Orang itu singkat fikirannya
Orang lain menjaga dahannya
Orang lain mencurah dahannya
Orang lain terus dengan syarahannya
Orang lain kata ini caranya
Orang lain gembira kerananya
Orang-orang lain maju bersamanya
Esok daun itu mungkin tiada hijau
Esok daun itu mungkin singkat udara
Esok daun itu mungkin hilang seri
Esok daun itu mungkin jauh dikecapi
Esok daun itu mungkin hanya mimpi
Esok orang itu buang kata lagi
Esok orang itu marah lagi
Sehingga akhirnya orang itu dapat lagi
Dan esoknya orang itu lupa lagi
Esok orang lain berdiam diri
Esok orang lain cuba cari lagi
Esok orang lain cuba bersyarahan lagi
Sehingga akhirnya esok orang lain dapat lagi
Dan esoknya mula kembali episod lupa diri
Dan bila tiba hari akhir keesokannya
Daun itu melayu
Melayu dan terus melayu
Orang itu dan orang lain terkaku
Mereka kata ini bukan salahku
Tapi pernah mereka mahu fikir ini semua sebelum berlaku?
Warisan yang pasti hanya melayu…
Masih tak mahu?
hakcipta terpelihara : muhsin
Thursday, March 20, 2008
kita maju?
Satu hari ada orang buat aku berfikir, apa tujuan universiti aku ditubuhkan? Bagaimana universiti aku beroperasi? Atas dasar apa universiti aku merancang? Dan fikiran aku juga melayang, macam mana negara pandang universiti aku? Dan aku juga terfikir, apa hala tuju universiti aku? Bagus sungguh orang itu, boleh membuat aku berfikir. Terima kasih.
Masa aku mula masuk universiti aku, aku merasa bangga kerana aku yakin universiti aku dapat memenuhi aspirasi aku untuk menjadi seorang professional yang ada kemahiran teknikal dan berpandangan jauh. Jangan salah sangka diri aku. Ayat itu tak bermaksud aku sekarang tidak berbangga. Aku masih merasa bangga. Dan aku bangga juga sebab aku belajar di universiti yang dibina di tanah Malaysia. Sila ambil perhatian, aku bangga dengan tempat aku belajar sekarang dan aku akan buktikan kehebatan graduan tempatan boleh meninggalkan jauh graduan luar negara. Yang penting, cara berfikir kita saja, saudara Australia. Dan diharap juga tiada tafsiran yang salah pada diri aku. Cuma aku terfikir, apakah kita berada di landasan yang betul? Jujur, aku masih berfikir dan tidak tahu jawapannya lagi.
Di atas ini hanya permulaan. Selepas ini baru ini baru warnanya. Maaf, hanya karutan aku di atas itu. Jadi mari aku bawa kamu terus pada tumpuan utama aku kali ini.
Universiti aku ditubuhkan atas dasar untuk memenuhi keperluan industri. Dalam suasana negara kita yang masih pesat membangun dengan kerancakan industri semasa dan kemunculan industri baru, kita memang memerlukan individu yang hebat untuk melayani dan menjaga industri negara kita. Pertambahan dan kerancakan industri bermakna pertambahan dan kerancakan keperluan tenaga manusia. Tidak kisahlah tenaga fizikal atau tenaga otak. Jadi disebabkan begitu, penubuhan universiti ini adalah selari dengan aspirasi negara dan memenuhi Wawasan 2020. Apa kata kamu? Setuju?
Baik. Aku mula dengan perkara pertama. Apa itu keperluan industri? Sebelum itu, semua yang aku tulis selepas ini adalah pendapat aku dan jika salah, maaf. Dalam kita menjana kemajuan negara, kita perlu pelbagaikan industri kita supaya kita lebih berdaya saing. Kita perlu menjelajah industri masa kini supaya kita tidak ketinggalan. Kita perlu menjadi salah seorang pemimpin dalam pembangunan industri supaya kita dapat menaungi industri mengikut acuan dan budaya kita. Jadi aku berfikir, untuk memenuhi ciri-ciri di atas, barangkali apa yang industri perlukan supaya matlamat mereka tercapai dan mampu memenuhi ciri- ciri di atas?
Ada 2 kemungkinan pada aku. Pertama, industri perlukan individu-individu yang mampu memajukan penyelidikan dan pembangunan atau perkataan popularnya, R&D. Bahagian ini selalu dihebahkan sebagai bahagian terpenting dalam sektor industri. Kedua, industri perlukan tenaga mahir dan profesional. Tenaga yang mampu mengurus, membangun dan memimpin ke arah masa depan. Tenaga ini merupakan penggerak industri untuk sentiasa berjalan dengan mata jelas, tidak dengan mata rabun. Jadi berdasarkan pendapat aku ini, penubuhan semua universiti-universiti adalah untuk mendapatkan golongan yang ada ciri di atas. Begitu ke?
Pergi ke perkara kedua pula. Negara kita ada banyak universiti yang ditubuhkan untuk kita. Dan di negara kita, ada 4 universiti yang kita boleh golongkan sebagai “universiti elit”. Orang di atas sana kelaskan kumpulan universiti ini sebagai universiti penyelidikan dan pembangunan kerana mereka elit, mereka telah lama tertubuh dan mereka ada asas. Baik, tamat.
Persoalan aku adalah ini, siapa aku? Mari ikut aku lihat perkara kedua dulu. Bagi aku, kenapa universiti R&D hanya perlu 4? Ya, aku sedar kumpulan universiti ini telah lama dan mereka ada asas. Mereka telah cukup stabil untuk bergerak sendiri. Cuma aku melihat ini mungkin satu kerugian untuk negara. Kenapa? Bagi aku, aku melihat hampir semua pelajar sama saja. Aku tak melihat kawan-kawan aku di kumpulan universiti ini hebat dan aku juga tidak melihat kawan-kawan aku di luar kumpulan universiti ini lemah. Berapa ramai yang aku lihat boleh digelar hebat jika suasana, infrastruktur dan peluang diberikan sama kepada kawan-kawan aku di luar kumpulan ini. Dan berapa ramai yang aku lihat sama saja dengan yang tidak hebat dikeliling aku walaupun mereka dibantu sebegitu rupa. Jikapun mereka hebat, aku boleh andaikan mereka diberi infrastruktur lengkap, pensyarah yang hebat ditempatkan di sana, peralatan lengkap dan sistem universiti mereka telah lama menjalani eksperimen lalu boleh diubah dan ditukar mengikut acuan pengalaman. Tetapi hasilnya, berapa ramai yang hebat terhasil? Dan adakah bila infrastruktur, suasana dan ruang yang seimbang diberikan, mereka di luar kumpulan ini tidak boleh hebat? Aku sangat yakin, bila peluang yang sama diberikan kepada selain kumpulan ini, negara ada ramai orang yang hebat. Tak percaya? Sekeliling aku ada ramai orang berpotensi tapi tiada peluang. Mahu kenal?
Satu lagi kerisauan aku. Kenapa perlu 4? Kalaulah bilangan pelajar di kumpulan ini mewakili majoriti pelajar di seluruh negara, maka baguslah bagi negara. Itu bermaksud bahawa negara kita memang sedang menuju ke arah kemajuan. Mereka sedar dengan rangsangan dan insentif yang diberikan, para pelajar akan lebih maju dan terbuka. Sebab itu ia perlu membangunkan seramai mungkin orang berfikir yang hebat. Sebab negara maju perlukan ramai orang berfikir yang hebat. Jadi bila begitu, sekarang negara ada majoriti orang hebat. Begitu bukan? Tapi, kalaulah bilangan mereka hanya minoriti, maksudnya aku boleh menganggap bahawa negara sedar kita masih tidak maju. Rakyat masih tidak boleh berfikir maju. Rakyat masih tidak boleh melakukan perkara yang maju. Rakyat masih tidak boleh melangkah seperti gergasi. Dan bilangan mereka seperti ini ramai. Sebab itu mereka perlu menumpu supaya mereka boleh mengawal dan beri perhatian istimewa. Mereka perlu kelompok kecil sebagai pelapis atau perangsang untuk mereka bergerak depan. Jadi kalau begitu, aku tertanya, adakah kita menuju ke arah kemajuan dengan hanya mahu sedikit orang saja yang boleh berfikir hebat? Dan aku tak pasti, kita sedang maju dengan begitu ke?
Sekarang ikut aku lihat perkara pertama pula. Satu kemungkinan yang aku sebut adalah industri perlu pekerja mahir dan profesional. Maknanya kalau keperluan industri hanya ini, jadi aku boleh anggarkan kita tidak cukup pekerja mahir dan profesional. Bila kita tidak cukup, adakah ia melambangkan kita terlalu banyak mencipta peluang kerana kerancakan kemajuan kita sehingga kita tidak mampu memenuhi peluang itu atau kita memang tidak ada ramai orang sebegitu dari dulu lagi kerana ramai orang masih tidak mampu mahir dan profesional? Kamu faham? Fahamkan dulu kalau tidak faham. Kalaulah kita memang tidak ada ramai orang yang mampu sebegitu, maknanya adakah negara kita ada ciri-ciri maju? Adakah kita menuju kemajuan?
Satu kemungkinan lagi, kita perlu tenaga R&D. Kalau begitu, adakah kita sekadar menyediakan penyelidik untuk keperluan industri? Penyelidik untuk sesuatu yang telah wujud dan hanya cuba mengembangkan saja. Jangan salah tafsir, aku tidak kata ia salah cuma takrifan maju aku sedikit radikal. Jadi kalau begitu, bagi aku, kita masih tidak bersedia, masih jauh lagi untuk berbicara tentang ilmu sains yang belum dijelajahi, tentang bidang yang sofistikated, tentang ilmu yang menentang logik masa kini. Dan kalau kita sebegitu rupa, adakah kita maju? Kita sedang maju ke? Dan kalau kita mengejar kedua-dua kemungkinan itu pun, kita maju ke? Kita sedang menuju kemajuan ke?
Sekarang aku kaitkan perkara pertama dan kedua. Dan dalam bentuk kesimpulan. Bagaimana negara memandang kemajuan itu? Dan mengejar kemajuan itu? Adakah negara mengejar kemajuan dengan merancang supaya generasi aku hanya bergerak seiring dan sejalan sahaja? Tanpa sistem pemikiran yang maju? Adakah negara hanya menubuhkan universiti sekadar memenuhi keperluan industri? Adakah kita hanya mengikut saja negara maju tanpa mahu melangkah jauh? Bila mereka 10 langkah ke hadapan, kita juga mahu sepuluh langkah ke hadapan. Kenapa tidak selangkah lebih? Ataupun lebih dari selangkah lebih? Kita hanya kejar 10 langkah saja. Itu maju ke? Sudah maju ke sistem pemikiran kita? Biar aku ulang semula. Sistem pemikiran kita.
Bagi aku, untuk menjadi negara maju, universiti perlu berperanan bertindak lebih jauh lagi ke lapangan ilmu. Matlamat universiti perlu melebihi keperluan industri. Aku ulang, perlu lebih dari keperluan industri. Biar industri yang mengikut kita, bukan kita. Kalau kita hanya memenuhi keperluan industri, bagi aku, kita telah rendahkan martabat universiti kita sendiri. Dan ilmu kita sendiri. Kita telah menidakkan peluang universiti untuk menjelajah ilmu yang lebih luas dan menakjubkan. Aku berpendapat, kita perlu mencipta ilmu yang melebihi keperluan industri sehingga kita mampu mencipta satu industri baru. Jangan biarkan orang lain mencipta industri baru kemudian baru kita nak mula. Masa tu, kita “memang maju”. Jadi, adakah negara maju kita hanya sekadar memenuhi keperluan industri? Bagi aku, ini yang dikatakan hanya maju dari segi luaran dan infrastruktur tapi tidak maju dari segi fikiran. Kerana apa? Sebab, aku tanya kamu, bagaimana sistem pemikiran kita semua? Maju?
Jadi siapa aku? Bagaimana mereka mahu membentuk aku?
Mungkin kamu semua lebih jelas untuk memberi idea. Aku masih lagi berfikir. Tentang sesuatu perkara yang aku sedang berfikir, aku tahu bukan senang nak berkata tentang sesuatu itu.
Tuesday, March 11, 2008
kabilah?
Artikel ini bukan bermaksud bahawa ada orang tuduh aku berkabilah. Bukan juga mengatakan bahawa ada orang cakap aku berfikiran berkabilah. Dan tak juga aku kata yang ada orang kata aku bersemangat kabilah. Cuma kerisauan aku adalah aku fikir mungkin ada orang yang akan berkata bahawa aku adalah orang seperti di atas itu. Jadi aku rasa aku perlu jelaskan dengan berhati-hati supaya setiap orang yang membaca, komen dan emel aku akan cuba faham dengan apa juga yang aku cuba kata sebelum ini.
Aku tak tahu apa maksud sebenar kabilah. Atau lebih tepatnya, apa maksud kabilah itu secara literal atau juga objektif. Tapi aku cuba faham mengikut pemahaman aku, pemikiran aku dan pengalaman aku. Mungkin kabilah itu bermaksud sesuatu yang hanya berada dalam lingkungan itu. Atau yang berada dalam kawasan itu saja. Betulkah itu kabilah? Biarlah. Itu bagi aku,faham. Dan aku tidak rasa ia lari konsepnya.
Ada orang menasihati aku supaya aku jangan berkabilah. Dan aku menerima nasihat itu sebagai satu panduan dan pegangan aku dalam sistem hidup aku. Dan juga sebagai satu ingatan aku sepanjang masa. Malah sebenarnya, dalam apa juga cara aku pun, sememangnya aku jarang berkabilah pun. Terlalu jarang pun. Tapi kabilah pada muzik, ya itu betul. Tapi itu bahagian yang tidak serius. Jadi abaikan saja.
Terus saja pada arah aku. Aku mengaku tulisan aku sebelumnya bersifat emosi. Tapi emosi aku pada akal aku. Emosi aku pada fikiran aku. Dalam hidup aku, jarang emosi aku terletak pada perasaan aku. Kalau emosi aku terletak pada perasaan aku, memang aku tidak akan tulis dalam blog aku. Kecuali jika orang kesayangan aku tiada lagi di dunia atau yang lebih sedih lagi, mungkin ada tulisan itu. Sebab bagi aku sebarang kata-kata yang melibatkan emosi selalunya sensitif. Jadi kita perlu berhati-hati dalam tutur kata, dalam tindakan dan dalam pemikiran. Sebab itu kita perlu mengawal emosi kita supaya ia sekurangnya bersifat rasional dan bersifat relevan.
Bila aku menulis, aku tahu apa yang aku tulis. Aku faham apa aku tulis sebab sekurangnya aku berusaha pegang pada prinsip dan falsafah. Dan bagi aku prinsip dan falsafah itu penting. Kenapa? Bukan dalam tulisan ini pasal perkara prinsip dan falsafah ini. Kemudian hari pasti. Perkara yang baru berlaku ini bukan sesuatu yang kecil tapi besar dalam pelbagai pandangan. Dan pada pandangan aku, untuk membuat sesuatu keputusan, kita harus berfikir keputusan itu sebaiknya. Dan cuba pegang sesuatu untuk dijadikan sebagai asas dalam kita membuat keputusan. Kemudian fikirkan semula. Dan analisa. Jangan malas. Jangan emosi. Sebenarnya apa yang kita buat adalah untuk kepentingan diri sendiri. Tapi kepentingan diri sendiri yang aku maksudkan itu adalah sesuatu yang kekal, yang pasti akan dijadikan sebagai keuntungan bagi diri kita selepas kita mati. Jadi bagaimana kita mahu jaga kepentingan diri sendiri kita yang kekal itu? Bagi aku, itu adalah pegangan.
Bila kita ada pegangan, sesuatu perkara itu lebih mudah untuk kita fikirkan. Katakan sesuatu itu perlu kita putuskan secara segera, yang akan membantu kita adalah pegangan. Pegangan itu juga bergantung pada individu. Apa juga pegangan yang mereka pegang, itulah yang akan menjadi asas dalam hidup mereka. Katakan pegangan mereka komunis, jadi apa yang akan terbentang di mata dunianya adalah komunis. Katakan pegangan mereka hanya hiburan, maka dunia yang dilihatnya pada celah mata mereka adalah hiburan. Dan pegangan itu sesuatu yang sangat subjektif. Hanya sesetengah pegangan adalah objektif dan dicipta untuk kita. Jadi terpulang pada kita, apa pegangan kita. Pegangan anda pula?
Orang-orang yang hebat semua ada pegangan. Kalau kamu mahu contoh dalam negara, lihat Tun Mahathir, lihat Ungku Aziz, lihat Syed al-Attas. Mahu luar negara? Lihat Ahmadinejad, lihat Warren Buffett, lihat Saddam Hussein. Nak ilmuan Islam? Umar Abdul Aziz, al-Ghazali, Imam Syafie. Dan semestinya Muhammad adalah yang terbaik. Nak ahli seni? Lihat Aristotle, Galileo. Kita boleh belajar. Yang penting cuma cuba berfikir walau sedikit tapi berterusan. Dan aku tak kata apakah pegangan yang kamu perlu pegang, sebegitu pegangan yang kamu perlu ada. Cuma aku hanya cuba tanya, apa pegangan kamu untuk hidup?
Dalam aku mengutarakan pendapat aku, aku juga ada pandangan. Pandangan aku adalah berdasarkan kepada agama aku. Bagi aku, agama aku sudah cukup lengkap. Agama aku mengajar aku bagaimana individu yang bagus itu boleh dibentuk, bagaimana pemimpin yang bagus itu boleh dicipta, bagaimana masyarakat yang bagus itu boleh hidup, bagaimana dunia yang indah itu boleh tercipta, bagaimana manusia yang pelbagai boleh hidup bersama dengan harmoni, bagaimana ekonomi yang makmur itu boleh berjalan. Aku tidak mengatakan aku ini orang agama, aku ini tinggi ilmu agama. Tapi aku sedar aku kurang pada bahagian itu dan aku cuba mengejar. Aku berusaha ke arah itu dan sentiasa mahu berusaha. Dan dalam masa yang sama aku cuba menyumbang kepada pembentukan tiang agama aku yang aku sayang ini dengan kapasiti aku sekarang sebagai pelajar sebab bagi aku, itu salah satu tanggungjawab aku dalam agama aku. Jadi pandangan aku ini boleh aku katakan sebagai pegangan aku sekarang. Mungkin pada masa hadapan akan berubah sedikit. Berubah dari segi tanggungajawab, dari pelajar kepada jurutera. Mungkin. Tapi aku percaya pegangan ini adalah pegangan terbaik. Pegangan ini mengajar tentang tanggungjawab pada diri sendiri, pada agama, masyarakat, negara dan dunia. Aku percaya pegangan ini akan menjamin kepentingan diri aku selepas aku mati nanti. Sebab ia lengkap. Ia mengajar bagaimana aku harus hidup dalam persaudaraan yang pelbagai sambil mengajar cara untuk membentuk peribadi yang bagus dan startegi untuk mempertahankan agama aku. Aku sangat percaya.
Sepanjang pengetahuan aku,agama aku ada mengajar aku tentang persaudaraan. Maaf jika aku silap. Betulkan aku. Persaudaraan dalam agama aku melibatkan semua manusia di dunia. Walaupun mereka berlainan, terdapat cara yang lebih bagus, sopan dan berakal untuk melayan mereka. Sebab itu dalam cara aku, aku selalu mengatakan, fikir juga orang lain. Dan bila aku mengatakan begitu, pada masa itu muncullah suara yang mengatakan aku ini tidak bersemangat kabilah. Dan kata mereka, aku harus juga memikirkan kabilah aku. Jangan dibiarkan kabilah aku ditindas atau dihina. Bila aku mengatakan, mereka juga ada hak sebab mereka juga ada kehidupan yang sama seperti kita yang memiliki sebuah kehidupan juga, mereka ulang semula, aku perlu pertahan kabilahku. Bila aku utarakan kita kena bersikap adil dan saksama supaya kabilah kita dan yang paling penting agama kita dipandang mulia, dibalas mereka pula kita tidak boleh percaya sebab mereka itu tidak akan baik seperti kita. Pelik tapi itu kehidupan! Dan sekarang bila aku cuba mengatakan bahawa kita perlu pertahan agama kita, mereka akan kata “seyn, jangan berfikiran kabilah”. Kabilahkah aku? Aku rasa tidak kabilah. Kabilah ke? Jika aku kabilah pun, kabilah aku mungkin pada sistem pemikiran aku yang akhirnya akan menjurus ke sudut pegangan aku. Kalau mahu kata juga aku mengamalkan kabilah, biar aku mudahkan kamu, kabilah aku adalah pada sistem pemikiran aku yang menjurus kepada agama aku.
Aku tidak kata sebarang kata. Aku akan cuba berfikir walaupun aku tidak sehebat kamu. Tapi yang penting adalah usaha kita untuk berfikir. Dan bagi aku, tanggungjawab aku adalah menyampaikan kerisauan aku pada perkara yang sedang berlaku. Aku tidak kata pandangan aku sebelumnya adalah realiti tapi itu adalah kerisauan aku yang aku takut akan menjadi realiti. Aku cuma risau kita ini hanya menolak duri tapi memilih racun. Jangan disebabkan kita menolak kebodohan, kita memilih kemusnahan. Dalam apa jua sekali pun, pegangan mesti ada. Dan jika apa yang berlaku ini adalah pegangan semua orang, dan jika ia melanggar agama aku, tidak mustahil aku akan bangkit sehebatnya untuk menentang walaupun aku tahu aku kerdil, tidak seperti kamu.
Selepas ini, jangan kata aku tidak melaksanakan tanggungjawab aku sebagai sebahagian dari “kabilah kamu” pula nanti. Aku sudah sampaikan apa pendapat aku. Dan jangan kamu menjerit pada aku untuk memelihara kabilah kamu pula selepas ini padahal kamu sudah memperkatakan, jangan berkabilah. Seperti aku kata, apa pegangan kamu yang mampu memelihara kamu? Dan sejauh mana kamu mahu memahami pegangan kamu itu? Dan bagaimana pula kamu mahu berpegang teguh pada pegangan kamu itu? Itu semua penting. Kita yang memilih dan kita yang berfikir. Bagi aku, aku telah selesai di sini dan akan ke sana pula selepas ini. Jangan menjerit pada aku tentang pilihan kamu selepas ini. Kehidupan aku tidak berkabilah. Aku rasa aku mampu hidup dengan kabilah lain walaupun janggal. Aku kenal diri aku dan pegangan aku yang boleh menyebabkan aku hidup sebegitu.
Bagi aku, memilih biar bijaksana. Memilih biar ada pegangan. Memilih biar berfikir. Memilih jangan emosi. Kenali latar belakang. Kenali sejarah. Fikirkan latar belakang. Fikirkan sejarah. Dan fikirkan arah tuju kita. Rancang strategi. Jangan malas sangat berfikir. Cuba sekali-sekala berfikir berat. Bila lagi? Jangan malas berfikir. Dan jangan biar hala tuju itu dimusnahkan oleh orang yang memang berpegang pada sesuatu yang boleh bertentangan dengan agama kita. Jangan biar agama kita ditindas satu hari nanti. Pastikan pegangan mereka. Apakah pegangan mereka itu ada potensi untuk menentang agama kita semua (pada yang muslim)? Jangan malas berfikir. Selarikan perjuangan kamu dengan pegangan kamu.
Tulisan aku ini bukan ditujukan pada individu. Aku tulis secara terbuka. Maaf, aku tidak pandai berkata cantik. Perkataan aku tidak mempesona. Nada suara aku tidak retorik seperti kamu. Aku sedar aku kerdil. Tapi apa yang betul, kita kena sampaikan. Apa yang salah, kita tolak. Apa yang aku salah, maafkan aku dan tolak. Itu pendapat aku. Dan ini adalah tulisan akhir aku yang berkaitan politik. Selepas ini, mungkin lambat lagi. Tapi yang pasti, aku adalah seorang mahasiswa yang mahu berubah serius setelah banyak bersandiwara. Mungkin bagi orang yang tidak betul-betul kenal aku, sukar untuk menerima. Tapi aku juga tahu, bukan senang nak berkata.
Sunday, March 9, 2008
maaf, aku terpaksa.
Sangat mengejutkan bila aku menunggu dan menonton keputusan pilihanraya baru-baru ini. Sampai aku takut nak tidur menunggu keputusan. Faktanya, BN hilang majoriti 2/3 dan kali pertama dalam sejarah. Dan juga pembangkang berjaya membentuk kerajaan di 5 negeri, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Malah nama-nama besar BN juga kalah dan kesinisan tiba-tiba terwujud secara amat nyata. Perkataan-perkataan yang keluar tiba-tiba menjadi sederhana dan perlahan agresifnya (mungkin tiada). Sehingga musuh bagi “angkuh” itu, ”muhasabah” tiba-tiba terpacul di mulut mereka. Wahh..
Untuk pilihanraya kali ini, Tun Mahathir ulas, kemenangan BN bukan disebabkan sokongan rakyat kepada pembangkang tapi penolakan BN oleh rakyat. Mereka tiada pilihan, sama ada mereka mengundi pembangkang atau mereka merosakkan undi atau tidak mengundi. Dan bagi diri aku, aku setuju tentang apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir. Kenapa?
Awal-awal lagi aku mengatakan pada semua kawan-kawan aku, kalau BN kalah, bagi aku bukan kerana rakyat tidak mahu BN tapi rakyat tak suka BN. Orang tak suka siapa yang buat benda bodoh. Aku pun tak suka. BN bagi aku seperti memperbodohkan diri sendiri. Apa bodoh yang aku kata itu?
Banyak! Tapi paling utama, mereka bermain salah dengan tahap kecerdikan generasi muda dan baru. Generasi sekarang ini bukannya seperti dulu. Sekarang orang lebih kritis, bersifat mencari dan bersifat kreatif. Sesuatu perkara itu akan ditimbulkan seribu persoalan oleh orang sekarang dan mereka cuba mencari apakah jawapan kepada persoalan itu sehingga otak mereka ini akan berfikir secara lebih kreatif untuk jawapan itu. Dan jika mereka tidak dapat juga jawapan itu, maka mereka akan mencari jawapan dari sumber lain dari otak mereka. Bila mereka mencari jawapan mengikut sumber luar dari otak, di situ akan terletak segala kemungkinan untuk mencipta segala jawapan yang berlainan bagi satu persoalan. Dan manusia ini sebenarnya mudah terpengaruh jika prinsip dan falsafahnya tidak jelas. Bila sumber yang memberi itu beragenda (dan sememangnya pilihanraya perlu beragenda), maka kecenderungan mereka untuk menyokong agenda itu akan lebih mudah.
Tapi sayang, BN salah strategi. Mereka guna sumber secara bodoh. Mereka guna media secara bodoh. Mereka kata ini media yang bebas tapi media ini tidak jelas bebasnya dan tidak nyata bebasnya. Mereka kata ini media rakyat tapi mereka tidak menampakkan kerakyatan dalam media itu. Semua itu salah. Melainkan mereka berterus-terang mengatakan ini media mereka, jadi orang tidak akan memperkatakan BN itu bodoh. Orang sekarang lebih kritis, mereka akan kritis terhadap segala apa yang BN kata dan buat. Sekarang tidak seperti dulu lagi, hanya menerima jawapan dan rasanya BN memang sedar perkara ini. tapi masih buat benda sama juga? Aduh, bodoh! Orang sekarang akan kritis untuk sesuatu jawapan. Dan bila jawapan untuk kritis itu menjurus kepada bodoh, mual, mereka pasti akan lari. Bila mereka lari, mereka akan mencari sumber lain. Dan tentunya sumber-sumber ini dilihat lebih menyegarkan, lebih kebebasan, lebih berlainan dan lebih indah, dan bila sumber-sumber ini saja yang menjadi rujukan mereka, maka apakah pertahanan BN bila sumber-sumber ini mengemukakan tohmahan kepada BN? Dan orang sebegini pula tidak merujuk “media bebas” mereka lagi? Apa pertahanan BN?
Cuba media bebas ini mereka benar-benar maksudkan kebebasannya. Jadikan maklumat itu bersifat dua hala. Jadikan maklumat itu boleh dibandingkan. Jadikan maklumat itu mudah didapati. Jadi untuk setiap tohmahan dari arah yang berlainan, arah yang satu lagi boleh menjawab dan begitu sebaliknya. Dan semua itu dijadikan ia dalam satu sumber yang benar bebas. Maka orang sekarang yang berfikir ini mudah untuk menganalisa, mudah untuk mentafsir dan mudah untuk memerhati. Jadikan media itu betul-betul bebas, liberalkan media itu supaya orang tak label kamu bodoh dan mereka lari!
Lagi satu faktor yang berkesan ialah Anwar Ibrahim. Aku tak mahu cakap banyak sebab kawan-kawan aku yang fanatik Anwar Ibrahim tentu mempertikaikan aku. Tetapi realitinya, penerimaan orang terhadap Anwar berkait rapat dengan kebodohan BN mempergunakan media. Dan BN terlalu memandang rendah faktor Anwar Ibrahim. Anwar ini banyak pengikutnya. Dan sekarang secara tak langsung, BN menambahkan lagi berkali ganda pengikut beliau. Bagi aku, datangnya sokongan generasi ke Anwar adalah disebabkan orang tidak mampu membuat perbandingan. Dan melihat BN itu sebagai sesuatu yang bodoh Mereka tidak ada medium yang jelas. Jadi bila Anwar ini mempamerkan karisma yang kita semua tahu kehebatannya, silaplah BN. Sangat silap.
Minta maaf, aku emosi dalam perkara ini sebab aku nampak sesuatu yang akan merugikan Melayu nanti. Dan juga aku takut kita akan hilang ciri Islam kita nanti. Mungkin tidak sesuai aku huraikan secara terbuka. Tapi aku nampak kurang cerdiknya orang Melayu dalam mengundi. Aku berpendapat ada beberapa faktor bagi aku yang akan menyebabkan kita ini “hilang di dunia”. Dan aku risau satu hari nanti kita hilang ketuanan kita. Lihat saja apa yang berlaku di Perak, sangat membimbangkan aku. Aku bukanlah semangat perkauman malah sesiapa yang kenal aku pun tahu aku memang sangat bukan begitu. Dan aku juga tidak berpihak pada mana-mana parti pun. Memang sepanjang cara aku, aku akan lebih terbuka dan kritis. Dan aku berfikir juga secara mendalam walaupun orang kata aku lambat dan leceh. Tapi bukan senang nak berkata tentang ini sebenarnya..
Apa aku tulis ini bukanlah akarnya tapi cuma dahannya. Akarnya? Kemudian hari. Aku agak emosi.
Tuesday, March 4, 2008
serius!
Kadang-kadang aku merasa
Aku perlu serius dalam blog ini
Walau zahirnya aku tak serius
Walau silamnya aku tak serius
Tapi aku tetap mahu serius
Jika bukan sekarang
Bila lagi aku mahu serius
Kandungan aku mungkin berat
Kadang-kadang berpuisi
Kadang-kadang bersajak
Dan mungkin banyak merencana
Dan mungkin seketika juga
Aku akan bersandiwara
Tapi apa jua pun
Aku akan lebih banyak serius di sini
Mungkin kerana
Kadang-kadang aku merasa
Sudah terlalu lama aku bersandiwara
Sehingga aku merasa
Ini masanya aku perlu serius
Yeah. Serius!
aku yang masih tak serius
selamat hari lahir encik muhsin
Ini percubaan kali pertama aku untuk blog.
Cuba..cuba..
Cuba lagi..cuba..cuba..
Dan akhirnya terus juga mencuba.
Aha boleh!
Selamat hari lahir.
