Sunday, March 9, 2008

maaf, aku terpaksa.

Sebenarnya ini perkara yang kalau boleh aku paling tak nak tulis sekali,politik. Politik merupakan sesuatu yang sensitif tapi perlu ada. Sensitifnya terletak pada banyak faktor dan setiap faktor mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Sehingga ada ciri-ciri itu bercanggah antara satu sama lain. Dan bila ia bercanggah, maka ia boleh menimbulkan perbalahan sama ada secara fizikal atau pun pemikiran. Dan aku tak mahu berbalah pun sebab aku kurang minat. Tapi atas dasar “menghormati pandangan kawan aku“, aku rasa aku perlu tulis apa yang aku fikirkan dan apa juga kerisauan aku.

Sangat mengejutkan bila aku menunggu dan menonton keputusan pilihanraya baru-baru ini. Sampai aku takut nak tidur menunggu keputusan. Faktanya, BN hilang majoriti 2/3 dan kali pertama dalam sejarah. Dan juga pembangkang berjaya membentuk kerajaan di 5 negeri, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Malah nama-nama besar BN juga kalah dan kesinisan tiba-tiba terwujud secara amat nyata. Perkataan-perkataan yang keluar tiba-tiba menjadi sederhana dan perlahan agresifnya (mungkin tiada). Sehingga musuh bagi “angkuh” itu, ”muhasabah” tiba-tiba terpacul di mulut mereka. Wahh..

Untuk pilihanraya kali ini, Tun Mahathir ulas, kemenangan BN bukan disebabkan sokongan rakyat kepada pembangkang tapi penolakan BN oleh rakyat. Mereka tiada pilihan, sama ada mereka mengundi pembangkang atau mereka merosakkan undi atau tidak mengundi. Dan bagi diri aku, aku setuju tentang apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir. Kenapa?

Awal-awal lagi aku mengatakan pada semua kawan-kawan aku, kalau BN kalah, bagi aku bukan kerana rakyat tidak mahu BN tapi rakyat tak suka BN. Orang tak suka siapa yang buat benda bodoh. Aku pun tak suka. BN bagi aku seperti memperbodohkan diri sendiri. Apa bodoh yang aku kata itu?

Banyak! Tapi paling utama, mereka bermain salah dengan tahap kecerdikan generasi muda dan baru. Generasi sekarang ini bukannya seperti dulu. Sekarang orang lebih kritis, bersifat mencari dan bersifat kreatif. Sesuatu perkara itu akan ditimbulkan seribu persoalan oleh orang sekarang dan mereka cuba mencari apakah jawapan kepada persoalan itu sehingga otak mereka ini akan berfikir secara lebih kreatif untuk jawapan itu. Dan jika mereka tidak dapat juga jawapan itu, maka mereka akan mencari jawapan dari sumber lain dari otak mereka. Bila mereka mencari jawapan mengikut sumber luar dari otak, di situ akan terletak segala kemungkinan untuk mencipta segala jawapan yang berlainan bagi satu persoalan. Dan manusia ini sebenarnya mudah terpengaruh jika prinsip dan falsafahnya tidak jelas. Bila sumber yang memberi itu beragenda (dan sememangnya pilihanraya perlu beragenda), maka kecenderungan mereka untuk menyokong agenda itu akan lebih mudah.

Tapi sayang, BN salah strategi. Mereka guna sumber secara bodoh. Mereka guna media secara bodoh. Mereka kata ini media yang bebas tapi media ini tidak jelas bebasnya dan tidak nyata bebasnya. Mereka kata ini media rakyat tapi mereka tidak menampakkan kerakyatan dalam media itu. Semua itu salah. Melainkan mereka berterus-terang mengatakan ini media mereka, jadi orang tidak akan memperkatakan BN itu bodoh. Orang sekarang lebih kritis, mereka akan kritis terhadap segala apa yang BN kata dan buat. Sekarang tidak seperti dulu lagi, hanya menerima jawapan dan rasanya BN memang sedar perkara ini. tapi masih buat benda sama juga? Aduh, bodoh! Orang sekarang akan kritis untuk sesuatu jawapan. Dan bila jawapan untuk kritis itu menjurus kepada bodoh, mual, mereka pasti akan lari. Bila mereka lari, mereka akan mencari sumber lain. Dan tentunya sumber-sumber ini dilihat lebih menyegarkan, lebih kebebasan, lebih berlainan dan lebih indah, dan bila sumber-sumber ini saja yang menjadi rujukan mereka, maka apakah pertahanan BN bila sumber-sumber ini mengemukakan tohmahan kepada BN? Dan orang sebegini pula tidak merujuk “media bebas” mereka lagi? Apa pertahanan BN?

Cuba media bebas ini mereka benar-benar maksudkan kebebasannya. Jadikan maklumat itu bersifat dua hala. Jadikan maklumat itu boleh dibandingkan. Jadikan maklumat itu mudah didapati. Jadi untuk setiap tohmahan dari arah yang berlainan, arah yang satu lagi boleh menjawab dan begitu sebaliknya. Dan semua itu dijadikan ia dalam satu sumber yang benar bebas. Maka orang sekarang yang berfikir ini mudah untuk menganalisa, mudah untuk mentafsir dan mudah untuk memerhati. Jadikan media itu betul-betul bebas, liberalkan media itu supaya orang tak label kamu bodoh dan mereka lari!

Lagi satu faktor yang berkesan ialah Anwar Ibrahim. Aku tak mahu cakap banyak sebab kawan-kawan aku yang fanatik Anwar Ibrahim tentu mempertikaikan aku. Tetapi realitinya, penerimaan orang terhadap Anwar berkait rapat dengan kebodohan BN mempergunakan media. Dan BN terlalu memandang rendah faktor Anwar Ibrahim. Anwar ini banyak pengikutnya. Dan sekarang secara tak langsung, BN menambahkan lagi berkali ganda pengikut beliau. Bagi aku, datangnya sokongan generasi ke Anwar adalah disebabkan orang tidak mampu membuat perbandingan. Dan melihat BN itu sebagai sesuatu yang bodoh Mereka tidak ada medium yang jelas. Jadi bila Anwar ini mempamerkan karisma yang kita semua tahu kehebatannya, silaplah BN. Sangat silap.

Minta maaf, aku emosi dalam perkara ini sebab aku nampak sesuatu yang akan merugikan Melayu nanti. Dan juga aku takut kita akan hilang ciri Islam kita nanti. Mungkin tidak sesuai aku huraikan secara terbuka. Tapi aku nampak kurang cerdiknya orang Melayu dalam mengundi. Aku berpendapat ada beberapa faktor bagi aku yang akan menyebabkan kita ini “hilang di dunia”. Dan aku risau satu hari nanti kita hilang ketuanan kita. Lihat saja apa yang berlaku di Perak, sangat membimbangkan aku. Aku bukanlah semangat perkauman malah sesiapa yang kenal aku pun tahu aku memang sangat bukan begitu. Dan aku juga tidak berpihak pada mana-mana parti pun. Memang sepanjang cara aku, aku akan lebih terbuka dan kritis. Dan aku berfikir juga secara mendalam walaupun orang kata aku lambat dan leceh. Tapi bukan senang nak berkata tentang ini sebenarnya..

Apa aku tulis ini bukanlah akarnya tapi cuma dahannya. Akarnya? Kemudian hari. Aku agak emosi.

17 comments:

Anonymous said...

cool words. i like. hehe. keep on blogging dude!

k.e.r.i. said...

panjang lebau ko ulas eh..

suka hati said...

cool? panjang? haha itu aku kut

k.e.r.i. said...

memang cool..
sampai aku tak larat nak membaca..
haha..
kene stop and stare..
hahaha..

Anonymous said...

peh, seyn dah jadik penganalisis politik nak ganti abdul razak baginda siot! keep it on bebeh!

Anonymous said...

da next penganalisis poltik :: mukhsin baginda..hoho

Sabrina Woon said...

not bad. haha.. write in English..? hehe

Anonymous said...

great seyn.bnde ne aku cube tegakkn skg terhdp penyokong n mungkin 'fanatik' yg hnye nmpak luaran then mngeluarkn fakta berdsrkn ape yg dorg lihat n dgr.xpenah nk kaji kenape sume ne terjadi.aku hnye takot naseb kite tahun2 mendtg.kite hnye ade perlembagaan n kedaulatan raja2.tu je yg kite tggal.

suka hati said...

wah aku bukan penganalisis.ini sket jek.sorry laa keri.susahkan ko.just concern kat negara tersayang aku jek.hehe pasne ade last pastu aku nk tulis yang patut jek.less politic.more towards student vision.haha hem sabrina,next time i will use english okay.for general purpose if any needed

Anonymous said...

yg blaku ade sbb.jgn salahkan perubahan.y pntng "perubahan" tak kisah macam mana pun

N U R U L A F I Z A said...

hoho.. seYn.. suke aku Bc ko punYa
anaLisa poliTik negara ney.. menarIK.. =)

Anonymous said...

haha...aku sokong ang seyn...bgus btoi ang ulas...tue yg aku terigin nak baca...faktor kekalahan BN mmg tepat pun...pasal media and generasi muda..mungkin kali nie rakyat nak bagi sedikit kejutan letrik kot, tapi dah terlebih pulak...hahaha...bukan setakat BN je terkejut dek tsunami utara nie, rakyat pun sudah timbul rasa menyesal dalam diri sendiri...cuma yg kita harapkan, BN akan berubah..wakil rakyat tu kena beringat skit, setiap apa yg dilakukan, rakyat tgk,perhatikan...kita tau byk perancangan BN yg dilaksanakan, tapi apa pikiran kita kalu tetiba je ada YB yg bina umah besar padahal bape sgt pendapatan mereka...ada lak YB yg dah konfiden sgt mng, sampai tak trun bwh pun...tak perlu la nak tabur duit je...rakyat tgk, perhatikan...kena insaf tu, rakyat dah bersuara....papepun aku harapkan yg terbaik dari sume YB yg mng...yeaaahhhhh

-x rumate seyn (skrg la, hehe)

Fndy said...

seyn hebat!!

Afzan Ranai said...

erm. well, that is SO true that "rakyat dah bersuara". but that doesnt mean that the winner is winning. They have to prove that they are all what people want. Or else, they'll end up like the rest. That is one BIG responsibility and definitely wayyy bigger than they already are! ;) anyhow, let us hope that its gonna shine all people. I mean to ALL... =)

Anonymous said...

yep, ur gifted... but do be careful on ol d words k? a piece of advice from me je... bukan nak bangkang, debat or even melawan kate2 ko...

n u knew me better...

k.e.r.i. said...

no hal la seyn...
da bape kali aku bace post ko ni..
memang sedap dibaca..
bak kate naim husni, ur gifted...
semua kawan2 aku pandai berbicara...
herm....ni jelez ni...

Anonymous said...

keri jelez ngan ko la seyn... huhu... (saje je nak wat cam ngecet kat blog ko ne...) huhu...