Thursday, March 20, 2008

kita maju?

Satu hari ada orang buat aku berfikir, apa tujuan universiti aku ditubuhkan? Bagaimana universiti aku beroperasi? Atas dasar apa universiti aku merancang? Dan fikiran aku juga melayang, macam mana negara pandang universiti aku? Dan aku juga terfikir, apa hala tuju universiti aku? Bagus sungguh orang itu, boleh membuat aku berfikir. Terima kasih.

Masa aku mula masuk universiti aku, aku merasa bangga kerana aku yakin universiti aku dapat memenuhi aspirasi aku untuk menjadi seorang professional yang ada kemahiran teknikal dan berpandangan jauh. Jangan salah sangka diri aku. Ayat itu tak bermaksud aku sekarang tidak berbangga. Aku masih merasa bangga. Dan aku bangga juga sebab aku belajar di universiti yang dibina di tanah Malaysia. Sila ambil perhatian, aku bangga dengan tempat aku belajar sekarang dan aku akan buktikan kehebatan graduan tempatan boleh meninggalkan jauh graduan luar negara. Yang penting, cara berfikir kita saja, saudara Australia. Dan diharap juga tiada tafsiran yang salah pada diri aku. Cuma aku terfikir, apakah kita berada di landasan yang betul? Jujur, aku masih berfikir dan tidak tahu jawapannya lagi.

Di atas ini hanya permulaan. Selepas ini baru ini baru warnanya. Maaf, hanya karutan aku di atas itu. Jadi mari aku bawa kamu terus pada tumpuan utama aku kali ini.

Universiti aku ditubuhkan atas dasar untuk memenuhi keperluan industri. Dalam suasana negara kita yang masih pesat membangun dengan kerancakan industri semasa dan kemunculan industri baru, kita memang memerlukan individu yang hebat untuk melayani dan menjaga industri negara kita. Pertambahan dan kerancakan industri bermakna pertambahan dan kerancakan keperluan tenaga manusia. Tidak kisahlah tenaga fizikal atau tenaga otak. Jadi disebabkan begitu, penubuhan universiti ini adalah selari dengan aspirasi negara dan memenuhi Wawasan 2020. Apa kata kamu? Setuju?

Baik. Aku mula dengan perkara pertama. Apa itu keperluan industri? Sebelum itu, semua yang aku tulis selepas ini adalah pendapat aku dan jika salah, maaf. Dalam kita menjana kemajuan negara, kita perlu pelbagaikan industri kita supaya kita lebih berdaya saing. Kita perlu menjelajah industri masa kini supaya kita tidak ketinggalan. Kita perlu menjadi salah seorang pemimpin dalam pembangunan industri supaya kita dapat menaungi industri mengikut acuan dan budaya kita. Jadi aku berfikir, untuk memenuhi ciri-ciri di atas, barangkali apa yang industri perlukan supaya matlamat mereka tercapai dan mampu memenuhi ciri- ciri di atas?

Ada 2 kemungkinan pada aku. Pertama, industri perlukan individu-individu yang mampu memajukan penyelidikan dan pembangunan atau perkataan popularnya, R&D. Bahagian ini selalu dihebahkan sebagai bahagian terpenting dalam sektor industri. Kedua, industri perlukan tenaga mahir dan profesional. Tenaga yang mampu mengurus, membangun dan memimpin ke arah masa depan. Tenaga ini merupakan penggerak industri untuk sentiasa berjalan dengan mata jelas, tidak dengan mata rabun. Jadi berdasarkan pendapat aku ini, penubuhan semua universiti-universiti adalah untuk mendapatkan golongan yang ada ciri di atas. Begitu ke?

Pergi ke perkara kedua pula. Negara kita ada banyak universiti yang ditubuhkan untuk kita. Dan di negara kita, ada 4 universiti yang kita boleh golongkan sebagai “universiti elit”. Orang di atas sana kelaskan kumpulan universiti ini sebagai universiti penyelidikan dan pembangunan kerana mereka elit, mereka telah lama tertubuh dan mereka ada asas. Baik, tamat.

Persoalan aku adalah ini, siapa aku? Mari ikut aku lihat perkara kedua dulu. Bagi aku, kenapa universiti R&D hanya perlu 4? Ya, aku sedar kumpulan universiti ini telah lama dan mereka ada asas. Mereka telah cukup stabil untuk bergerak sendiri. Cuma aku melihat ini mungkin satu kerugian untuk negara. Kenapa? Bagi aku, aku melihat hampir semua pelajar sama saja. Aku tak melihat kawan-kawan aku di kumpulan universiti ini hebat dan aku juga tidak melihat kawan-kawan aku di luar kumpulan universiti ini lemah. Berapa ramai yang aku lihat boleh digelar hebat jika suasana, infrastruktur dan peluang diberikan sama kepada kawan-kawan aku di luar kumpulan ini. Dan berapa ramai yang aku lihat sama saja dengan yang tidak hebat dikeliling aku walaupun mereka dibantu sebegitu rupa. Jikapun mereka hebat, aku boleh andaikan mereka diberi infrastruktur lengkap, pensyarah yang hebat ditempatkan di sana, peralatan lengkap dan sistem universiti mereka telah lama menjalani eksperimen lalu boleh diubah dan ditukar mengikut acuan pengalaman. Tetapi hasilnya, berapa ramai yang hebat terhasil? Dan adakah bila infrastruktur, suasana dan ruang yang seimbang diberikan, mereka di luar kumpulan ini tidak boleh hebat? Aku sangat yakin, bila peluang yang sama diberikan kepada selain kumpulan ini, negara ada ramai orang yang hebat. Tak percaya? Sekeliling aku ada ramai orang berpotensi tapi tiada peluang. Mahu kenal?

Satu lagi kerisauan aku. Kenapa perlu 4? Kalaulah bilangan pelajar di kumpulan ini mewakili majoriti pelajar di seluruh negara, maka baguslah bagi negara. Itu bermaksud bahawa negara kita memang sedang menuju ke arah kemajuan. Mereka sedar dengan rangsangan dan insentif yang diberikan, para pelajar akan lebih maju dan terbuka. Sebab itu ia perlu membangunkan seramai mungkin orang berfikir yang hebat. Sebab negara maju perlukan ramai orang berfikir yang hebat. Jadi bila begitu, sekarang negara ada majoriti orang hebat. Begitu bukan? Tapi, kalaulah bilangan mereka hanya minoriti, maksudnya aku boleh menganggap bahawa negara sedar kita masih tidak maju. Rakyat masih tidak boleh berfikir maju. Rakyat masih tidak boleh melakukan perkara yang maju. Rakyat masih tidak boleh melangkah seperti gergasi. Dan bilangan mereka seperti ini ramai. Sebab itu mereka perlu menumpu supaya mereka boleh mengawal dan beri perhatian istimewa. Mereka perlu kelompok kecil sebagai pelapis atau perangsang untuk mereka bergerak depan. Jadi kalau begitu, aku tertanya, adakah kita menuju ke arah kemajuan dengan hanya mahu sedikit orang saja yang boleh berfikir hebat? Dan aku tak pasti, kita sedang maju dengan begitu ke?

Sekarang ikut aku lihat perkara pertama pula. Satu kemungkinan yang aku sebut adalah industri perlu pekerja mahir dan profesional. Maknanya kalau keperluan industri hanya ini, jadi aku boleh anggarkan kita tidak cukup pekerja mahir dan profesional. Bila kita tidak cukup, adakah ia melambangkan kita terlalu banyak mencipta peluang kerana kerancakan kemajuan kita sehingga kita tidak mampu memenuhi peluang itu atau kita memang tidak ada ramai orang sebegitu dari dulu lagi kerana ramai orang masih tidak mampu mahir dan profesional? Kamu faham? Fahamkan dulu kalau tidak faham. Kalaulah kita memang tidak ada ramai orang yang mampu sebegitu, maknanya adakah negara kita ada ciri-ciri maju? Adakah kita menuju kemajuan?

Satu kemungkinan lagi, kita perlu tenaga R&D. Kalau begitu, adakah kita sekadar menyediakan penyelidik untuk keperluan industri? Penyelidik untuk sesuatu yang telah wujud dan hanya cuba mengembangkan saja. Jangan salah tafsir, aku tidak kata ia salah cuma takrifan maju aku sedikit radikal. Jadi kalau begitu, bagi aku, kita masih tidak bersedia, masih jauh lagi untuk berbicara tentang ilmu sains yang belum dijelajahi, tentang bidang yang sofistikated, tentang ilmu yang menentang logik masa kini. Dan kalau kita sebegitu rupa, adakah kita maju? Kita sedang maju ke? Dan kalau kita mengejar kedua-dua kemungkinan itu pun, kita maju ke? Kita sedang menuju kemajuan ke?

Sekarang aku kaitkan perkara pertama dan kedua. Dan dalam bentuk kesimpulan. Bagaimana negara memandang kemajuan itu? Dan mengejar kemajuan itu? Adakah negara mengejar kemajuan dengan merancang supaya generasi aku hanya bergerak seiring dan sejalan sahaja? Tanpa sistem pemikiran yang maju? Adakah negara hanya menubuhkan universiti sekadar memenuhi keperluan industri? Adakah kita hanya mengikut saja negara maju tanpa mahu melangkah jauh? Bila mereka 10 langkah ke hadapan, kita juga mahu sepuluh langkah ke hadapan. Kenapa tidak selangkah lebih? Ataupun lebih dari selangkah lebih? Kita hanya kejar 10 langkah saja. Itu maju ke? Sudah maju ke sistem pemikiran kita? Biar aku ulang semula. Sistem pemikiran kita.

Bagi aku, untuk menjadi negara maju, universiti perlu berperanan bertindak lebih jauh lagi ke lapangan ilmu. Matlamat universiti perlu melebihi keperluan industri. Aku ulang, perlu lebih dari keperluan industri. Biar industri yang mengikut kita, bukan kita. Kalau kita hanya memenuhi keperluan industri, bagi aku, kita telah rendahkan martabat universiti kita sendiri. Dan ilmu kita sendiri. Kita telah menidakkan peluang universiti untuk menjelajah ilmu yang lebih luas dan menakjubkan. Aku berpendapat, kita perlu mencipta ilmu yang melebihi keperluan industri sehingga kita mampu mencipta satu industri baru. Jangan biarkan orang lain mencipta industri baru kemudian baru kita nak mula. Masa tu, kita “memang maju”. Jadi, adakah negara maju kita hanya sekadar memenuhi keperluan industri? Bagi aku, ini yang dikatakan hanya maju dari segi luaran dan infrastruktur tapi tidak maju dari segi fikiran. Kerana apa? Sebab, aku tanya kamu, bagaimana sistem pemikiran kita semua? Maju?

Jadi siapa aku? Bagaimana mereka mahu membentuk aku?

Mungkin kamu semua lebih jelas untuk memberi idea. Aku masih lagi berfikir. Tentang sesuatu perkara yang aku sedang berfikir, aku tahu bukan senang nak berkata tentang sesuatu itu.

9 comments:

suka hati said...

secara bersembunyi, aku mahu universiti aku diberi perkara yang sama macam apa yang "mereka" dapat.aku mahu itu.malah lebih!

k.e.r.i. said...

seyn, kenape ko x masuk team debat?
aku rase ko memang pandai berkata2..
ko memang tak susah untuk berkata2..

glad to have a friend like u..
even kenal x lame..
=)

Fndy said...

universiti kita ada masalah pengurusan. kucar kacir. ape yg menyebabkannya? mungkin masalah kewangan. sebab universiti kita boleh dikatakan dalam pembangunan lagi. duit semua labur kat situ. mungkin la.

tapi aku setuju pasal r&d tue. kenapa hanya 4 sahaja? kenapa kita tiada? mungkin sudah ada hanya kita sahaja tak tahu dikalangan pensyarah2 atau masalah kewangan juga. banyak korupsi?. terlalu banyak kemungkinan.

tapi bende bende macam nie membuatkan pelajar kita lain dari universiti yang lain. kalau ko perasan. kita lebih istimewa. =) mungkin lagi

suka hati said...

setuju.walaupun sebegitu,kita lebih istimewa.hehe

suka hati said...

aku tak hebat berucap keri
pecaye la.hehe

Anonymous said...

aku tak sangka, syen ni sinikal jugak. pandai mengarang peh! tak penah aku wat entry sepanjang ni. pendy ko kena belajar dari syen ni. BM dia A1, subjek feveret die sastera melayu. ko kena amek panduan. huhu

Fndy said...

aku memang dalam proses pembelajaran la nie. kalau sein sembang english memang aku x baca la panjang2 cam nie

Anonymous said...

kalo seyn sembang dalam english pun ok gak..
im waiting 4 ur english post seyn..
xoxo...

crazecousa said...

bile seyn mula berkarya.....