Wednesday, March 26, 2008

bila akar kita?

Daun itu segar menghijau
Daun itu ramai rakan
Daun itu ada bala
Daun itu meliputi tanah
Daun itu dikejar rakus
Daun itu menyebar udara
Malah kata orang itu daun mengubat sakit

Orang itu alpa
Semua perkara hanya pesta
Kalau tak dapat sanggup dusta
Yang baik banyak tak suka
Ada balasan baru boleh bertanya
Kebaikan mesti pulangnya harta
Otak sebentar tiada masa
Bila kena pandai buang kata
Bila perlu diam saja

Daun itu orang suka
Daun itu orang jaga
Daun itu dilindungi sepenuhnya
Daun itu selalu dipuja
Daun itu dikatakan berharga
Daun itu dikatakan kekuatan maya
Daun itu dikatakan membela

Lapisannya mereka halusi
Hijaunya mereka tutupi
Dalam genggaman dijaga rapi
Tiada benda boleh hampiri
Airnya dicurah berhari
Orang itu sangat pasti
Hijaunya pasti sentiasa berseri

Orang lain kata orang itu ortodoks
Orang itu jaga salah
Orang itu rosakkan daunnya
Orang itu tiada mengkaji
Orang itu menganiaya
Orang itu singkat fikirannya

Maka orang lain mengambil dahannya
Orang lain menjaga dahannya
Orang lain mencurah dahannya
Orang lain terus dengan syarahannya
Orang lain kata ini caranya
Orang lain gembira kerananya
Orang-orang lain maju bersamanya

Esok daun itu mungkin tiada hijau
Esok daun itu mungkin singkat udara
Esok daun itu mungkin hilang seri
Esok daun itu mungkin jauh dikecapi
Esok daun itu mungkin hanya mimpi

Esok orang itu berbalah lagi
Esok orang itu buang kata lagi
Esok orang itu marah lagi
Sehingga akhirnya orang itu dapat lagi
Dan esoknya orang itu lupa lagi

Esok orang lain berdiam diri
Esok orang lain cuba cari lagi
Esok orang lain cuba bersyarahan lagi
Sehingga akhirnya esok orang lain dapat lagi
Dan esoknya mula kembali episod lupa diri

Dan bila tiba hari akhir keesokannya
Daun itu melayu
Melayu dan terus melayu
Orang itu dan orang lain terkaku
Mereka kata ini bukan salahku
Tapi pernah mereka mahu fikir ini semua sebelum berlaku?

Akhirnya bagi orang itu, orang lain dan orang-orang lain
Warisan yang pasti hanya melayu…

Masih tak mahu?

hakcipta terpelihara : muhsin

9 comments:

Fndy said...

seyn ialah idola ku .heh. boleh?

Anonymous said...

idola ku jugeeeee~

Anonymous said...

daun ape tu seyn???
puas aku dok mikior..

suka hati said...

tak bule.aku tak hebat untuk menjadi idola.haha
keri,daun itu terpulang pada kau.semestinya aku ada maksud tersendiri tp klu kau faham dgn cara kau,dan selagi ia berbentuk perjuangan kesedaran,apa daun itu tidak penting.yang penting adakah kau mahu? hehe

nurulafiza said...

hurm..daun.. daun .. daun.. pai kn berulang kali aku bc.. menarik2.. =)

Anonymous said...

it was a very interesting poem.very deep and intense meaning.even i have to guess for it.i agree with you that malay should think for this now.well i am glad to have a malay friend like you.another malaysia thinker? you got to keep this momentum dude.how long you still want to stay back? get go to frontline now la.haha anyway congratulations on your site=))

k.e.r.i. said...

hermm..
ade support soh ko ke depan tu seyn..
ape lagi..
moh ler..
huhu..

Anonymous said...

yep... u shud get ur ass forward... malay shud get u as their front row liner...

suka hati said...

uisk kenapa tiba-tiba macam ni
banyak yang aku tak cukup lagi la
lagipun kamu semua ada
lebih hebat dan lebih berbakat
lebih petah dan lebih manis
jadi biar aku dibelakang
setia menyokong kawan-kawan semua
hehe go go go~