Sunday, May 25, 2008

jawapan untuk sahabat tentang bahasa

Minta maaf, aku lambat lagi. Serius, banyak perkara yang patut aku dahulukan dan banyak aktiviti yang patut aku utamakan pada cuti kali ini sehingga tidak boleh kemas kini blog aku. Jadi, maafkan aku.

Baik, aku tahu, jangan buang masa. Kita teruskan.

Tulisan kali ini bukan perkara baru yang mahu aku sampaikan tapi cuma mahu menjawab soalan sahabat aku yang mempersoalkan tentang kewajaran pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dalam sistem pendidikan negara kita pada masa kini. Minta maaf Jimi, aku lambat. Tapi aku pasti, ramai yang lain pun cakap begitu, betul tak Pidot?

Sebelum kamu baca, satu perkara harus kamu faham adalah tiada soal betul atau salah ketika masing-masing keluar pendapat dengan aku. Biarpun pendapat tidak sama tapi yang aku suka ialah idea dan kemahuan kita bersama untuk berfikir. Maka setuju dan tidak setuju itu adalah perkara yang lumrah dalam perbincangan yang rasional. Namun yang pasti, tiada istilah menang atau kalah bagi aku. Idea dari hasil kerah otak kamu adalah paling dihargai dan dihormati, bukan menang kalah idea kamu. Itu patut kamu faham dulu cara aku. Aku tak suka berdebat tetapi berbincang tapi aku juga tak suka orang selalu bersetuju. Harus ada idea berlainan, baru otak kita terangsang. Matlamat utama, melatih kita berfikir. Itu saja. Berlatih membentuk sistem pemikiran kita bersama. Yeah..

Baik. Cuma selingan situasi. Disebabkan tulisan kali ini hanya menjawab, jadi aku tak perlu hurai panjang lebar. Cukup hanya menjawab dan memberi kefahaman tentang jawapan. Huraian lebar tentang fakta jawapan perlu dirujuk pada tulisan sebelumnya.

Perkara utama yang dipersoalkan ialah wajar atau tidak wajar pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Baik. Aku jawab begini.

Tulisan aku tidak mempersoalkan kewajaran pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris. Seperti yang aku kata dulu, ini bukan soal memilih bahasa mana yang kamu mahu guna tapi ini soal bahasa mana yang kamu perlu guna dan apa tindakan kamu selepas menggunakan bahasa itu untuk kemajuan kamu. Dalam tulisan aku, aku tak putus lagi perlu guna Bahasa Melayu atau kekalkan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik tetapi aku mengambarkan apa yang berlaku jika sesuatu itu tidak betul caranya.

Penyelesaian kepada masalah penguasaan ilmu (terutama di kalangan luar bandar), bagi aku, bukan semata-mata bergantung kepada antara kamu mahu guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sama juga begini, kemunduran jiwa Bahasa Melayu dikalangan rakyat Malaysia bukan semata-mata kerana kamu mahu guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Pegangan aku, kamu tak akan selesaikan masalah kamu dengan hanya memilih Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu saja. Itu bukan penyelesaian yang jitu. Aku memperkatakan, ketika kamu mahu guna bahasa itu, maka kamu perlu tahu kenapa kamu mahu guna dan apa tindakan serta langkah kamu selepas kamu menggunakan bahasa itu. Memilih menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan sebegitu saja bukan penyelesaian. Itu konsep tulisan aku. Seperti biasa, aku memperjuangkan sistem pemikiran kita terutama untuk pelajar. Jadi sila baca kembali tulisan sebelum ini untuk huraian pemahaman lebih panjang.

Antara perkara lain yang dipersoalkan, adakah dengan penggunaan Bahasa Inggeris, kamu boleh meningkatkan kefasihan kamu dalam Bahasa Inggeris? Baik. Dalam tulisan sebelum itu, aku kurang memandang kepada aspek itu. Seperti yang aku kata pada tulisan sebelum itu, itu adalah satu kelebihan jika kamu menggunakan Bahasa Inggeris.

Perkara utama yang aku tekankan dalam tulisan aku adalah Bahasa Inggeris itu adalah sebagai bahasa ilmu. Fasih berbahasa Inggeris dan mampu komunikasi dalam bahasa ilmu adalah 2 perkara berbeza yang aku kata dan yang patut kamu faham. Mampu berkomunikasi dalam bahasa ilmu ialah kamu mampu menangkap kata dan memahami teori, istilah dan konsep ilmu itu dan berdebat serta mempertikaikan idea lain yang berkaitan dengan ilmu itu dengan orang luar dari lingkungan bahasa kabilah kamu. Maka untuk setiap konsep itu, setiap teori itu, setiap istilah itu serta setiap idea itu dapat kamu tangkap maksudnya, ketahui dan faham apabila disebut. Kamu juga tahu bukan, sains bukan seperti sastera. Kamu perlu tahu dan faham sains, bukan setakat tahu. Dan cukup dengan jika hanya satu perkataan saja, jika kamu tidak faham, maka sampai mati pun kamu tidak akan faham atau menang dengan orang luar. Kamu tahu bukan, pelajar kejuruteraan? Untuk huraian secara panjang lebar, seperti biasa, tulisan sebelum ini adalah rujukan konsep tulisan aku.

Jawablah sudah semua akarnya. Sekian, terima kasih.
Tamat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aha, yang seterusnya bukan lagi jawapan kepada persoalan akar sahabat aku. Kamu boleh tutup jika mahu. Terima kasih.

Oh, untuk yang meneruskan pembacaan, terima kasih. Ini tidak berkaitan dengan persoalan akar tulisan aku sebelum ini pun. Ini satu lagi karutan tetapi ada manfaat juga. Jadi sebelum kamu salah anggap dan tidak mencerna dengan baik, baik kamu berhenti. Melainkan jika kamu dapat membezakan teori dan realiti. Sebelum ini, tulisan di atas hanya berkaitan dengan teori sistem pemikiran. Selepas ini, menyentuh realiti. Jadi, sila bezakan seperti kamu membezakan teori pembakaran dalam enjin dan pembakaran dalam enjin sebenar. Terima kasih.

Jadi, untuk setiap persoalan akar sahabat aku, ditimbulkan persoalan ranting yang menyentuh tentang isu-isu keupayaan pelajar, bahan eksperimen, pencapaian kecemerlangan dan lain-lain. Di sini aku tertanya-tanya, betulkah semua ini berlaku semata-mata hanya kerana kita menggunakan Bahasa Inggeris?

Cuba ikut aku sebentar saja. Hanya 6 baris atau lebih sedikit saja, tak panjang. Zaman dulu, pelajar-pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka (atau ITM saja, aku kurang pasti tentang itu). Dan hasilnya, tak ramai yang dilihat kecundang atau tidak berjaya. Tidak ramai yang mengutamakan Bahasa Inggeris malah terlalu ramai yang memperjuangkan jiwa Bahasa Melayu sekarang. Dan juga, kebanyakan yang berjaya pula adalah orang kampung atau dalam bahasa modennya, orang luar bandar. Tapi sekarang, orang luar bandar tidak mampu lagi jadi seperti mereka tapi kita tahu, orang dulu lebih daif, lebih bersifat jumud dan tidak terdedah kepada hal ehwal semasa berbanding dengan orang sekarang. Jadi yang menerjah fikiran aku, adakah sebenar-benarnya adalah kerana pengggunaan bahasa, pelajar-pelajar sekarang tidak mampu? Apa yang berbeza antara orang dulu dan sekarang?

Apa yang aku katakan selepas ini hanyalah pendapat aku secara umum, bukan spesifik dan bukan menuduh. Ini adalah pemerhatian aku dan pencernaan aku.

Aku tak berpendapat mereka gagal disebabkan penggunaan bahasa. Aku berpendapat, mereka gagal kerana sistem pemikiran mereka yang telah tercemar. Mari aku mudahkan kamu.

Watak
Antara perkara yang paling penting dalam konsep perjuangan aku (watak, peranan, pegangan dan prinsip). Lama lagi aku akan menyentuh asas tentang perkara-perkara ini. Hanya sedikit saja kali ini. Persoalan aku adalah, apabila kamu belajar, adakah kamu mempunyai watak sebagai orang yang mahu belajar?

Aku tak kisah bagaimana imej watak kamu. Oldskool, grunge, hip hop, feminin, hippies, mat rempit dan apa-apa lagi, tidak menjadi persoalan pun sekarang tapi aku mahu tanya kamu, adakah kamu bawa watak sebagai orang yang mahu belajar? Adakah sistem pemikiran kamu dahagakan ilmu? Adakah kamu mengejar ilmu? Adakah kamu berusaha untuk memahami? Yang aku lihat di sekeliling aku adalah, mereka belajar bukan kerana itu. Sangat kurang. Apa yang mereka mahu adalah mereka sekadar cukup tahu ilmu itu, maka mereka akan anggap mereka belajar. Tapi, adakah itu watak sebagai orang yang mahu belajar? Kalau memang begitu, betullah seperti yang dikatakan, belajar bahasa sendiri pun tunggang terbalik.

Aku ulang, seperti yang aku kata, mereka cuma mahu sekadar cukup tahu ilmu itu dan menganggap mereka sudah belajar. Dan yang paling sedih, mereka mahu tahu dengan mudah. Aku ulang, belajar dengan mudah dan sangat mudah tanpa perlu berusaha. Mereka cuma mahu dengar “teori ideal enjin pembakaran dalam” tapi mereka tak mahu berusaha untuk faham “teori ideal” dan “enjin pembakaran dalam”. Asalkan mereka tahu perkataan itu, mereka anggap, sudah belajar. Tapi bila mereka dibentangkan dengan “ideal theory of internal combustion engine”, mereka seolah menganggap terlalu pelik dan terlopong. Dalam sains, kamu tidak perlu tahu banyak perkataan seperti sastera. Percayalah. Dengan hanya kamu faham bagaimana konsep “teori ideal” atau “ideal theory” dan “enjin pembakaran dalam” atau “internal combustion engine”, orang yang baru belajar Bahasa Inggeris pun boleh tangkap sedikit sebanyak tentang fakta yang panjang itu walaupun banyak perkataan tidak boleh difahami. Contohnya aku. Serius! Aku tak hebat Bahasa Inggeris tapi dalam belajar, kefahaman adalah paling penting. Kefahaman kamu menggunakan teori, konsep dan istilah. Dan selebihnya, usaha kamu untuk belajar menjadikan kamu betul-betul cemerlang (tapi aku sedar aku tak cemerlang seperti kamu. Haha.)

Jadi aku mahu tanya, tidak kisah apa bahasa juga, adakah cukup sekadar “tahu saja” atau faham? Dan adakah kita memperjuangkan untuk mereka yang sekadar mahu “tahu saja” dan menggunakan mereka ini untuk memajukan negara?

Itu adalah fenomena yang aku nampak pada mentaliti pelajar sekarang, mahu “tahu saja” dan dapat keputusan cemerlang.

Suasana
Perkara ini mungkin semua sudah maklum. Bagi aku, untuk orang yang lemah perwatakannya, mereka akan hanyut dengan suasana. Suasana yang negatif akan mendidik dan mengajar peribadi mereka, sistem pemikiran mereka, akhlak mereka dan hidup mereka menjadi dayus dan membentuk watak dan perwatakan yang lemah.

Di Malaysia, terangkan pada aku “berapa sedikit” aktiviti hiburan? Mesti kamu tak mampu cakap “berapa sedikit” aktiviti hiburan, bukan? Aku tak semata-mata menyalahkan hiburan tapi apa yang aku nampak, disebabkan hiburan, generasi aku yang mempunyai watak yang lemah sebagai orang yang mahu belajar akan hanyut sehanyutnya desebabkan hiburan.

Jadi tak keterlaluan aku katakan, faktor sebenar yang menyebabkan kita lemah adalah suasana sekarang, bukan disebabkan penggunaan Bahasa Inggeris. Suasana sekarang mampu membentuk watak yang lemah tapi penggunaan bahasa memberi kesan yang minimal. Penggunaan bahasa adalah berkaitan praktikal dan kemahiran hidup untuk kebiasaan (jika kamu ambil sastera). Kalau untuk sains, seperti yang aku kata, cukup sekadar kamu tahu dan faham, maka kamu boleh belajar. Tidak sukar sangat.

Jadi bagi aku, tidak adil semata-mata menyalahkan penggunaan bahasa saja sebagai kegagalan kita bagi pelajar luar bandar. Adakah watak dan suasana kita benar-benar seiring dengan “mahu belajar”? Kalau seiring, maka ada rasionalnya untuk aku berfikir faktor penggunaan bahasa sebagai punca kelemahan. Tapi aku tak dapat melihat rasionalnya sebegitu jika asas pun tak betul. Atas sebab itu aku berpendapat, dengan hanya memilih menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, ia bukanlah satu penyelesaian.

Lagi satu perkara, aku berfikir, tidak semudah itu Tun Mahathir untuk terus melancarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Logikkah bagi kamu untuk berkata, Tun Mahathir tak berfikir panjang? Aku tak tahu kalau untuk perkara ini, Tun terlepas untuk berfikir panjang. Mesti kamu rasa kelakar kalau aku kata begitu bukan? Tapi bagi aku, aku mungkin boleh faham rasional di sebaliknya walaupun aku bukanlah sehebat Tun. Sejarah ada jawapan bukan?

Tapi bukan dalam tulisan ini aku akan cuba utarakan rasional itu. Lain cara, lain hari, lain masa. Bukan senang nak berkata supaya orang faham

Satu lagi, orang berkata, bahasa melambangkan bangsa. Tapi bagaimana ia dilambangkan? Kita mahu belajar Bahasa Korea sebab apa? Mereka ada keupayaan ilmu. Kita mahu belajar Bahasa Jepun sebab apa? Mereka menghasilkan sumber ilmu. Kalau aku kata pada kamu pergi belajar Tagalog (Filipina), kamu mahu belajar? Memang Tagalog itu melambangkan identiti mereka tapi bagaimana ia melambangkan? Ya, mereka memang megah dengan identiti mereka tapi kita lihat bagaimana mereka dimegahkan. Kita bernasib baik sebab ada pembangunan dan kemajuan terancang yang mengagumkan sebagai Dunia Ketiga sehingga orang melihat Bahasa Melayu. Tapi, mahukah satu hari nanti, jika ia cuma melambangkan identiti saja? Di mana jiwanya? Di mana bahasa jiwa bangsa kita? Adakah nanti ia sekadar melambangkan identiti Malaysia seperti Filipina atau kita mahu keunggulan tamadun Malaysia itu? Keunggulan dan kemegahan Islam yang dululah penyebab Bahasa Arab atau Bahasa Islam dipandang dan diangkat sebagai bahasa ilmu. Sekarang di mana Bahasa Arab? Kenapa Bahasa Inggeris? Kenapa tidak Tagalog? Kenapa semua jadi begitu?

Biarlah jiwa bangsa itu kalau boleh dirasai oleh orang luar, betapa ia begitu menjiwai bangsa kita. Kalau boleh, biarlah ia berjiwa seperti mana Bahasa Jepun menjiwai orang Jepun, Bahasa Mandarin menjiwai orang China, Bahasa Korea menjiwai orang Korea. Biarlah kita juga sehebat begitu. Jangan hanya menjadi jaguh kampung, ada identiti tetapi tidak unggul seperti Red Indian di Amerika tetapi adakah orang Malaysia merasai jiwa mereka? Mereka yang mahu tukar kepada Bahasa Inggeris adalah aku kira. Kalau tidak, penatlah pemimpin-pemimpin kita dulu menaikkan maruah dan martabat Malaysia. Tak mungkin kamu mahu berpeluk tubuh saja, bukan?

Apa-apa pun, seperti aku kata, penyelesaian bukan terletak dengan hanya memilih yang mana tapi mana yang perlu dan apa tindakan selanjutnya. Sebab itu aku meletakkan 2 pilihan dan tidak mencadangkan pilihan yang mana. Jadi, apa pilihan kamu dan tindakan kamu?

10 comments:

Fareenz said...

well, pilihan saya selagi bahasa inggeris menjadi bahasa pilihan masa kini, marilah kita memantapkan lagi penguasaannya.

mungkin bila mana Malaysia menjadi yang terunggul di mata dunia, dan dunia memerlukan bahasa melayu ketika itu, kitalah jaguhnya.

sayaaang seyn..ops!haha...;P

Fndy said...

sein, mari kita pergi berhibur

suka hati said...

cik fareen sememang sudah diketahui pendirian beliau.bersifat positif.huhu

sayang kamu juga.ops! haha~

Fareenz said...

eh fendy nie..asek nak berhibur jer..eh..berhibur??ala cumelnyer..

terima kasih di atas compliment anda..compliment ke bersifat positif tu??

Fareenz said...

seyn..mane hilang..rindu dah nie..haha!!

buzy eh?

Anonymous said...

ok..jadi,apa tindakan kita untuk menjadikan bahasa melayu itu bahasa ilmu?tidakkah mungkin bahasa melayu itu menjadi bahasa ilmu?jika ya,bagaimana?apa tindakan untuk menuju ke arah itu?kembali kepada persoalan kamu,apa yang kita mahu..kenapa kita mahu?

Anonymous said...

bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik tidak akan membunuh bahasa melayu dalam geografi,sejarah, agama islam, ekonomi, akaun, bahasa malaysia, kemahiran hidup, dll.

jadi berhentikan polemik mengatakan bahasa inggeris dalam sains dan matematik akan meranapkan bahasa jiwa bangsa - bahasa melayu.

Sabrina Woon said...

wah u tulis karangan ahhh. .. :p

Anonymous said...

bukan soal polemik saudara..ini soal maruah bangsa dan bahasa kita..bagaimana bahasa kita perlu diangkat ..dimana letaknya bahasa kita..itu persoalannya..jika kita mengatakan bahasa inggeris itu bahasa ilmu,jadi mengapa tidak bahasa melayu?dan adakah bahasa inggeris itu 'totaly' bahasa ilmu?satu situasi...mahasiswa-mahasiswa negara kita yang belajar diluar negara..apabila mereka pergi ke sebuah negara untuk belajar..(saya contohkan negara korea)..selepas lima tahun belajar disana,mereka kembali dan boleh bertutur dalam bahasa korea..dan ini adalah kelebihan kepada mereka..sekurang2 nya tiga bahasa boleh dituturkan..(bm,bi,korea).kerana apa?kerana untuk survival mereka disana,mereka terpaksa belajar bahasa korea kerana buku2 rujukan adalah berbahasa orea dan bahasa pengantar disana ialah bahasa korea.jadi,mereka tidak punyai pilihan.Secara tidak langsung memberi kelebihan kepada mereka.ok,tinggalkan mereka sebentar.mari kita lihat mahasiswa luar negara yang datang belajar ke negara kita.mereka datang dari seluruh pelusuk dunia untuk belajar disini.selepas tamat tempoh belajar disini,hasilnya?kita tumpukan soal bahasa disini.adakah mereka dapat FASIH bertutur dalam bahasa melayu kita?cuba anda buat kajian sendiri,berapa ramai diantara mereka yang betul2 fasih atau paling tidak,boleh berborak dgn anda dalam bahasa kita?saya pasti jumlah nya tidak ramai.selidik lah sendiri.selamat pagi,terima kasih,malaysia boleh..itu sahaja kah? selepas 5 tahun(anggapan tempoh masa belajar) berada disini itu sajakah yang boleh diucapkan?dan apabila mereka pulang kesana(negara masing2),rakan-rakan mereka disana pastinya bertanya "how do you comunicate in malaysia?in what language?" dan pastinya jawapan yang diberikan ialah "in english,people in malaysia speak in english.in fact,their books also in english.so,there are no problem to me to comunicate"...dan persoalannya disini,mengapa selepas lama mereka merantau kenegara kita untuk belajar,tetapi mereka masih gagal untuk berbahasa kita?sekurang-kurangnya jika mereka tahu dan fasih berbahasa kita,mereka seolah-olah 'membawa' bahasa melayu itu ke seluruh dunia.bukankah ini suatu kerugian?bukankah kita yang mencanangkan hendak mengangkasakan bangsa (satu lagi perkataan baru dari UMNO)? memartabatkan bahasa?tapi,apakah tahap bahasa kita sekarang ini?mengapa situasi ini berlaku?ya,saya tidak nafikan,untuk mencapai kemajuan,kita tidak boleh seperti katak dibawah tempurung.kita perlu belajar dan menguasai bahasa lain terutamanya bahasa inggeris untuk menguasai ilmu..ilmuwan-ilmuwan eropah juga pada zaman dahulu sanggup belajar bahasa arab untuk menguasai bahasa ilmu yang mana pada ketika itu dikuasai oleh orang2 arab.Mereka kemudiannya menterjemahkannya kedalam bahasa mereka dan akhirnya menjadikan bahasa mereka itu bahasa ilmu.sebab itu kebanyakkan dari kita lebih mengenali isaac newton dari kita mengenali al-khawarizmi.benar?jadi,apa point nya disini?sekali lagi saya nyatakan pendirian saya bahawa saya setuju bahawa kita perlu menguasai ilmu untuk maju dan untuk itu kita perlu menguasai bahasa inggeris yang mana bahasa inggeris ini merupakan bahasa ilmu pada ketika ini.tetapi pada masa yang sama,mengapa kita memandang enteng kepada bahasa kita?adakah untuk maju bahasa yang melambangkan bangsa kita ini diketepikan?dan,tidakkah mungkin bahasa melayu itu menjadi bahasa ilmu suatu masa kelak?jika ya,bagaimana?apa tindakan kita?jika tidak,mengapa tidak?adakah bahasa kita ini rendah martabatnya?jika anda jawab rendah maknanya kita adalah dari bangsa yang rendah martabatnya.benar bukan?jadi,sekali lagi saya tegaskan disini ini adalah bukan permainan politik atau polemik semata-mata untuk menjadi popular.

SaifulBashrie said...

adoi..berat amat entry neh...semangat gila aku nak membaca hikhik..