Saturday, April 12, 2008

oh.masih sibuk

Minggu ini aku masih sibuk. Tapi minggu hadapan aku akan tulis pasal DEB itu. Minta maaf, aku lambat. Jadi, sila layan karutan ini sebentar masa.

Siapa kamu

Aku hitung masa
Di belakang banyak tinggalan
Di depan banyak harapan

Masa itu aku punya
Aku isi dan aku tempuh
Bukan untuk kamu ceroboh

Masa itu adalah aku
Tapi kamu hanya lihat apa yang sudah berlaku
Menidakkan kebenaran fikiran aku

Kamu juga masa
Tapi kamu biar si mereka ceroboh
Dan masa itu menjadi si mereka

Bila sudah tiada masa
Aku yakin tetap dikenang sebagai aku
Tapi kamu pasti masa itu kamu?

Tinggalan aku mungkin boleh menjadi harapan
Walaupun aku kerdil
Tapi tinggalan kamu hanya akan tinggalan kerdil
Walaupun kamu gergasi

Kamukah kamu?

Hak cipta terpelihara : muhsin

aku dan mereka tak mahu menjadi si mereka

Friday, April 4, 2008

aku tak serius

Alahai. Kenapa aku tak serius? Mesti ada antara kamu akan mempersoalkan dan mempermainkan aku selepas ini. Atau gunakan alasan ini untuk menjatuhkan aku yang sememangnya cuba untuk berserius. Oh, jangan kamu lupa. Kamu ini manusia. Sama juga. Zahirnya, aku memang kurang langsung rasa serius. Cuma di sini, aku mahu serius. Jadi mari ikut aku bersandiwara kali ini. Sekali ini saja, tapi bukan main-main saja, kita cuba berpujangga, sekali, sekala.

Dengan segala kemanjaannya seperti biasa pada aku, padahal dia bukanlah taste aku, tengok pun aku tak mampu, saja nak ambil hati supaya orang kata laku, fendy (jangan marah ya, aku buang kata seperti biasa, yang kau perlu pasti, kau teman sejati dihati, haha) yang juga dikenali sebagai abang topi hebat merisik aku. Merisik bukan seperti biasanya merisik, tapi supaya aku memekik, dan aku layan hanya untuk tidak dilabel lokek. Jadi untuk sekali ini (adakah ia bakal sekali-sekala nanti?) sila tutup telinga sebentar, aku mahu memekik.

Permainan ini orang-orang sana panggil tag. 8 fakta yang tidak diketahui atau dikenalpasti kesahihannya tentang aku pada orang ramai perlu dituliskan, bukan diciptakan untuk tatapan kamu semua. Selain itu, permainan ini, oh begitu saja? Walau bagaimana pun, eh dah mula? Searakian itu, layan. 8 fakta tentang aku.

1 cuba kurangkan riang walaupun hobi aku memperbanyakkan tidur siang

2 muzik aku masih dicinta tapi banyak perkara aku dah lupa

3 Radiohead tetap menjadi inspirasi, peduli apa kamu kata dah basi

4 5 musim sekolah lelaki, fendy kata kalau sekolah campur hidup aku mesti sepuluh perempuan satu laki

5 bukan doktor cinta sebab hati aku cuma tahu satu cinta

6 badan memang dah semulajadi kurus, tak kisah apa diet kamu suruh aku urus

7 agak suka menimbang berat buku tapi aku bukan ulat buku

8 agaknya aku jenis lambat mesra, jadi kamu semua dululah kuat bertegur sapa, ya

Sudah habis. Jadi, perlu tak aku mencari orang lain sekarang? Aduh, susahnya kalau macam itu. Jujur, aku tak tahu siapa pun. Lagipun, siapa saja yang mahu baca perkataan-perkataan aku. Mereka yang selalu pun pasti sudah buat. Jadi untuk mereka yang aku tulis ini, kalau mereka jawab, aku tak tahu nak kata apa pasal aku sebab aku letak nama mereka dengan harapan, aku sudah selesai dengan terjahan fendy. Lagipun, ini salah satu strategi aku untuk tidak menyusahkan kamu juga. Haha..

1 semua orang ingat hanya dia saja yang mampu hebat
mahathir bin mohamad

2 semua orang ingat hanya dia yang mampu kerja kuat
ungku aziz

3 semua orang ingat dia dah cukup hebat
anwar ibrahim

4 semua orang ingat dia hanya pewaris seni
aristotle

5 semua orang ingat dia hanya pembuat muzik sendiri
loque

6 semua orang ingat dia hanya ikon masa kini
barrack obama

7 semua orang ingat dia cuma pengganas dunia kini
osama laden

8 semua orang ingat dia ini banyak sengat
mawi. Haha..

Aha, dah tamat. Baik aku tahu kamu mahu cakap apa. Bila mahu berpujangga? Tunggulah kemudian hari rasanya. Penat betul bersandiwara. Sampai tak tahu nak tulis apa. Semua rasa serba tak kena. Toleh-toleh, ditonton mereka. Aduh, segan aku memang tak terkata. Fendy, yang ini serius, aku rasa bosan. Bila kita nak ronggeng lagi?

Sekadar makluman, perkataan-perkataan aku yang seterusnya nanti adalah, Dasar Ekonomi Baru. Orang yang selalu lepak, berbincang, buang kata, bermanja dengan aku, pasti dah dapat agak apa aku nak tulis, dan ini adalah perkara sama yang kamu akan agak juga. Jadi kamu-kamu ini, senyap dulu..

Untuk kamu-kamu yang itu pula, aku sudah bersedia untuk menjawab kamu yang akan mempertikaikan aku tidak serius walaupun aku pernah kata, aku mahu sebegitu. Aku tahu, bukan senang nak berkata walaupun aku ini tak seberapa. Aku terima saja.

Jadi, aku rasa itu saja. Oh, lupa. Lagi satu aku nak kata, 2 minggu aku sibuk, jadi mungkin 2 minggu kemudian aku tidak hadir kata. Ini mungkin. Dan hanya mungkin. Kita tidak tahu apa di sebalik mungkin. Sebab itu semua orang cuba mungkin. Sebab mereka tak pasti apa yang mungkin. Maka dengan itu, mungkin adalah mungkin. Melainkan mereka mahu fikir apa yang mungkin itu, maka barulah mungkin itu terjadi "adakah mungkin itu mungkin?".

Akhirnya sekian dari seyn yang secara suka hati, mengucapkan terima kasih.

Ini adalah buang kata.
Mungkin.